Jehan Miskin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jehan Miskin
Kelahiran Mohd. Jehan bin Miskin
4 Disember 1979 (36 tahun)
Georgetown Pulau Pinang Pulau Pinang,  Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Jehan Miskin
Pekerjaan Pelakon, peragawan, pengacara
Tahun aktif 2001 - kini
Agama Islam
Pasangan Julie Camelia Rhee Abdullah (berkahwin 2013)

Jehan Miskin ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia. Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama. Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan. Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga acara luar.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan
2015 Suamiku Encik Perfect 10 watak sampingan
2014 Apokalips X watak utama
2012 Prince Of The City watak utama
2012 Sepah The Movie watak utama
2011 Tolong! Awek Aku Pontianak pelakon pembantu
2011 Cun! antagonist
2011 Hikayat Merong Mahawangsa watak pembantu
2009 Skrip 7707 Bob (watak pembantu)
2007 Anak Halal Ijam (pelakon pembantu)
2007 Nana Tanjung 2 Dzulkanain (watak utama)
2006 Nana Tanjung Dzulkanain (watak utama)
2006 Gong Rozan (watak utama)
2005 Qaisy & Laila Qaisy (watak utama)

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan
2014 Seludup Pelakon Utama
2011 Nasi Kosong Ikan Kering Pelakon Utama
2011 Taubah Pelakon Utama
2011 Awan Dania Pelakon Utama
2010 Suri Bakawali Pelakon Utama
2008 5 Jingga Pelakon utama
2007 Manjalara Pelakon utama
2007 Incredible Tales (Singapura) Pelakon utama
2006 Senja Di Ufuk Timur Pelakon pembantu
2006 Ejen 016 Pelakon pembantu
2006 Kasih Di Bawah Bayu Pelakon utama
2008 Frontpage Pelakon utama
2005 Pia Zakry Supporiting
2005 Inspirion Pelakon pembantu
2005 Life Line (Singapura) Pelakon pembantu
2005 Di Pinggiran Hati Pelakon pembantu
2005 Seiras (telefilem) Pelakon utama
2005 Dan Jendela Pun Terbuka Pelakon utama
2005 Gila-Gila Pengantin Pelakon pembantu
2005 Project X2 (telefilem) Pelakon pembantu
2005 Bunga Senja (telefilem) Pelakon utama
2005 Traffic Light (telefilem) Pelakon utama
2004 Miftahul Jamilah (Pembuka Syurga) (telefilem) Pelakon utama
2004 Sutra, Bintang Yang Seribu Pelakon utama
2004 Pabila Cahaya Bersinar Semula (telefilem) Pelakon utama
2004 Begitulah Cinta “Twins” Pelakon utama
2004 Nasrul Genius (telefilem) Pelakon utama
2004 Temukan Ertinya (telefilem) Pelakon utama
2003 Dengan Nama Cinta (telefilem) Pelakon utama
2003 Armour X Pelakon utama

Realiti TV[sunting | sunting sumber]

  • Fear Factor Malaysia
  • 'Resipi Sunnah' bersama Chef Andre & Haizi
  • Masterchef Selebriti
  • Roda Igauan


Pautan luar[sunting | sunting sumber]