Jelapang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jelapang yang terletak di daerah Kinta merupakan bandar satelit bagi bandar raya Ipoh, Perak. Jelapang menjadi pelengkap bagi bandar Ipoh yang semakin berkembang. Antara tempat yang berdekatan dengan Jelapang ialah Meru, Sungai Rokam, Pekan Razaki, Tasek, Kampung Tawas dan lain-lain.

Jelapang bermaksud tanah lapang dan biasanya dikaitkan dengan tanaman padi. Namun Jelapang bukanlah kawasan sawah padi dan tidak pernah ditanam dengan padi kerana kawasan ini agak tinggi dengan tanah jenis laterit.

Kawasan Perindustrian Jelapang[sunting | sunting sumber]

Jelapang merupakan kawasan penempatan industri iaitu Kawasan Perindustrian Jelapang.

Pintu tol Jelapang[sunting | sunting sumber]

Bandar ini terletak di sebelah kiri Lebuh Raya Utara-Selatan. Sebuah pintu tol dibina di sini. Malangnya kemalangan selalu terjadi kerana kenderaan yang datang dari arah Changkat Jering sering terbabas dan melanggar jurutol kerana laluannya curam, selekoh tajam dan muncul secara tiba-tiba.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]