Jelebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Jelebu
Transkripsi Other
 • Jawiجيليبو
 • Cina日叻务县
 • Tamilஜெலுபு
Lokasi Daerah Jelebu di Negeri Sembilan
Lokasi Daerah Jelebu di Negeri Sembilan
Daerah Jelebu yang terletak di Malaysia
Daerah Jelebu
Daerah Jelebu
Lokasi Daerah Jelebu di Malaysia
Koordinat: 3°0′N 102°05′E / 3.000°N 102.083°E / 3.000; 102.083Koordinat: 3°0′N 102°05′E / 3.000°N 102.083°E / 3.000; 102.083
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jelebu
Kerajaan
 • Pegawai daerahSyahrunizam Shahwan[1]
Luas
 • Jumlah1,349.89 km2 (521.20 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah37,287
 • Kepadatan28/km2 (72/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
71600 - 71650
Kod panggilan+6-06
Nombor plat kenderaanN
Majlis Daerah Jelebu

Jelebu ialah sebuah daerah di bahagian utara Negeri Sembilan dalam Malaysia, ia mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan negeri. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Dalam pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan, Jelebu merupakan sebuah luak. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.

Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Keadaan muka bumi di Jelebu banyak berbukit bukau terutama di kawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kedudukan ini juga menjadikan ia terlindung dari hujan lalu agak kering berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan; kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.[4]

Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita orang-orang tua yang diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dalam masyarakat Jakun, kisah mengenai seorang Tok Batin Asli yang telah membuka sebuah ladang ditanam labu yang cukup subur sehingga akar labunya menjalar ke Ulu Klawang. Kerana kesuburan labu-labu Tok Batin itu, maka ramai orang datang ke ladang labu Tok Batin tersebut.Mereka menamakan tempat itu sebagai ‘Jalar Labu' sehingga lama-kelamaan bertukar menjadi Jelebu.[5]

Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau. Pada asalnya Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda. Kisah bermula apabila Batin Terjali anak kepada Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau, pergi mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan lagi pemerintahan ayah baginda. Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa di Jelebu, isteri Batin Terjali iaitu Puteri Embong Sari melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembarannya, Batin Terjali telah mewariskan putera baginda kepada ketua suku orang asli supaya menjaga puteranya dan apabila besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.

Ketua orang asli telah menepati janjinya dan Datok Niko Menteri Shah Maku Alam Raja Sehari dilantik menjadi penghulu Jelebu. Maka wujudlah pemerintahan putera Batin Terjali dan hubungan antara orang Minangkabau dan orang asli pun terjalin dan sejak itulah orang Minangkabau mula berhijrah ke Jelebu. Dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Metunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Jelebu
Lokasi Jelebu di Negeri Sembilan
Lokasi Jelebu di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Jelebu
Kerajaan
 • Undang Luak JelebuMaarof Mat Rashad

Dalam pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Jelebu merupakan sebuah luak yang ditadbir oleh institusi Undang yang diketuai oleh Datuk Undang Luak Jelebu. Dalam pentadbiran tanah pula, ia diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu yang diketuai oleh Pegawai Daerah.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Glami Lemi
  2. Mukim Ulu Klawang
  3. Mukim Ulu Triang
  4. Mukim Kenaboi
  5. Mukim Kuala Klawang
  6. Mukim Peradong
  7. Mukim Pertang
  8. Mukim Triang Ilir

Pekan[sunting | sunting sumber]

  1. Pertang
  2. Simpang Pertang
  3. Triang Ilir
  4. Simpang Durian
  5. Durian Tipus
  6. Peradong
  7. Ulu Triang
  8. Kuala Klawang
  9. Ulu Kelawang
  10. Titi
  11. Kenaboi
  12. Lenggeng
  13. Pantai
  14. Bandar Kuala Klawang
  15. Pekan Kuala Klawang
  16. Pekan Pertang
  17. Pekan Titi
  18. Pekan Simpang Durian
  19. Pekan Simpang Pertang
  20. Pekan Petaling
  21. Pekan Sungai Muntoh

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perhentian Bas Kuala Klawang[sunting | sunting sumber]

Perhentian Bas Kuala Klawang telah dinaiktaraf pada tahun 2005 dengan membawa konsep minang yang mana konsep ini jelas terlihat pada rekabentuk bumbungnya. Kemudahan ini dibina bagi memudahkan semua penduduk di daerah Jelebu menunggu bas dengan selesa dan selamat. Ia mempunyai kemudahan seperti tandas awam dan surau, perhentian ini memberi sepenuh keselesaan kepada penduduk sementara menunggu masa ketibaan bas.

Taman Awam Kuala Klawang[sunting | sunting sumber]

Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak serta perpusatakaan awam kawasan ini adalah satu kawasan yang amat popular di Jelebu. Dengan kehijauan dan ketenangan kawasan ini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat keindahan malah dapat menenangkan fikiran selepas seharian melakukan tugas.

Stadium Majlis Daerah Jelebu[sunting | sunting sumber]

Stadium Majlis Daerah Jelebu

Stadium ini berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya.

Pentas Budaya[sunting | sunting sumber]

Pentas Budaya ini berdekatan dengan Muzium Adat. Pentas Budaya digunakan bagi tujuan pembelajaran tarian atau pertunjukan seni budaya. Ia bercirikan Minangkabau, Pentas Budaya ini melambangkan bahawa warisan yang sentiasa terpelihara walaupun arus kemodenan sentiasa berubah.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-05. Dicapai pada 2020-11-28.
  2. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu - Profil Daerah Jelebu". jelebu.ns.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2020-11-28.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Latar belakang Jelebu
  5. ^ Buyong Adil (2019). Sejarah Negeri Sembilan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  6. ^ Kemudahan di Jelebu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]