Jelurut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jelurut
Cerorot.jpg
Cerorot, gula-gula yang diperbuat daripada santan dan tepung beras yang dibungkus daun kelapa; dijual di Bali.
Nama alternatifSelurut, celurut, celorot, cerorot, clorot
JenisSnek (Kuih)
Tempat asalBrunei, Indonesia, dan Malaysia
KawasanJawa,[1] Bali, Lombok, dan Borneo
Bahan utamaTepung beras, santan, dibalut dengan daun kelapa muda
di Wikibuku Buku Masakan: Jelurut  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Jelurut

Jelurut, selurut, clorot, celorot, atau cerorot adalah sejenis makanan ringan tradisional (kuih) dari tepung beras manis dan lembut dengan santan, dibalut dengan janur atau daun kelapa muda dalam bentuk kon.[1] Ia adalah sejenis snek manis tradisional yang lazimnya terdapat di Indonesia, Malaysia dan Brunei.[2]

Di Jawa, ia dikenali sebagai clorot atau celorot, dan sering dikaitkan dengan jajan pasar tradisional Jawa.[1][3] Di Bali dan Lombok di Indonesia, ia dikenali sebagai cerorot. Di Brunei dan di negeri Sabah, ia dikenali sebagai jelurut.[4]

Bahan-bahan dan kaedah memasak[sunting | sunting sumber]

Gula jawa atau gula Melaka, daun pandan, garam dan air dididihkan sehingga selesai dan dicampur dengan santan. Cairan manis kemudian dituangkan ke atas tepung beras dan tepung sagu atau tepung ubi, dan digaul rata. Daun janur atau daun kelapa yang muda digulung untuk membentuk kon panjang. Adunan manis yang pekat tadi kemudian diisi ke dalam kon daun kelapa hingga tiga suku penuh. Kemudian bahagian atas dipenuhi dengan campuran santan, tepung beras dan garam. Kon ini dikukus selama kira-kira 15 minit sehingga adunan di dalam kon masak dan mengeras.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Dari Celorot Sampai Engkak Ketan" (dalam bahasa Indonesian). Femina. Dicapai 19 June 2015. 
  2. ^ Abd. Latip Talib (2006). Beraraklah awan pilu (dalam bahasa Malay). Utusan Publications. m/s. 127–. ISBN 978-967-61-1899-8. Dicapai 17 August 2013. 
  3. ^ a b "Clorot (Jawa)" (dalam bahasa Indonesian). Sajian Sedap. 15 December 2010. Dicapai 19 June 2015. 
  4. ^ "Kebudayaan (Brunei)" (dalam bahasa Malay). Papar District Office. Diarkibkan daripada asal pada 26 October 2004. Dicapai 17 August 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]