Jemaah Islamiah Malaysia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jemaah Islamiah Malaysia 2010 (JI) melibatkan pensyarah kanan dan pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Polis PDRM dan anggota perisik Malaysia memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan. 20 hingga 30 pelajar IPT di Johor dan Gombak yang terjebak berjaya diselamatkan.[1] Mereka cuba meletupkan Kuil Batu Caves di Gombak dan Kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

JI asalnya kumpulan pejuang agama yang bercita-cita mendirikan sebuah Negara Islam Raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina. Mereka cuba merekrut penuntut universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara yang melibatkan 20 hingga 30 penuntut.

[2]

Pada 28 Februari 2010, Agensi berita AFP melaporkan polis Indonesia merampas dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia di hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur ibu negeri wilayah, Banda Aceh.[3]

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistic mereka.[4]

Tindakan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Januari 2010, 9 warga asing dan 1 rakyat Malaysia telah ditahan di bawah ISA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.[5] PDRM tidak mahu lagi kes Noordin Mohammad Top yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada 2009.

Kerajaan menangkap dan menghantar mereka pulang ke nagara asal bagi menghindarkan sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain. Tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mwenyatakan taklimat khas akan diberi kepada semua wakil IPTA dalam usaha mengekang kegiatan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) merekrut penuntut IPT menyertai kumpulan itu.[6]

Pengambilan pensyarah asing akan disaring lebih ketat.[7]

PDRM menjalin hubungan dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), badan risikan Australia dan negara Timur Tengah.[8]

Tempelak pembangkang[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Jun 2010, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar seperti isu lesen judi, isu Apco dan penyerahan tanah-tanah aset terpenting negara seperti di Wilayah Persekutuan, Sungai Buloh, Sungai Besi, Tanah Keretapi, Sentul, Pudu dan juga diserahkan kepada syarikat swasta dalam masa singkatrldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta. [9]<re>Pengganas: K'jaan cuba alih tumpuan rakyat</ref> Jika ada bukti, mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa.

Pada 18 Jun 2010, Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris menggesa nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti didedahkan segera bagi mengelak prasangka.Kkononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan Tokong Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang. Sebenarnya, inilah taktik Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya. Kononnya pensyarah mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Contohnya - Detachment 88 - diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia dengan menyediakan peruntukan dan latihan untuk pegawainya. Ia hanyalah alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah ummah dan kedaulatan negara Indonesia.[10]

JI untuk kekalkan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2010, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) , Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa isu J untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang-undang pindaannya di parlimen pada Julai semakin hampir. Penahanan 10 orang di Sungai Cincin ,Gombak atas tuduhan pengganas antarabangsa telah 3 bulan berlalu.


ISA kini diperluaskan kepada kesalahan pemalsu kad pengenalan, pengklon telefon, pemalsu wang syiling dan pelindung pendatang tanpa izin - sedangkan telah adapa undang-undang khusus:

  • Seksyen 489B Penal Code berkaitan pemalsuan duit
  • Seksyen 56 Immigration Act berkaitan pemalsuan pasport
  • Seksyen 298A Penal Code berkaitan menyebar isu atau khabar angin melibatkan agama
  • Seksyen 499 Penal Code melibatkan isu perkauman
  • Chapter VIA of Penal Code yang berkaitan isu pengganas

Gerakan Mansuhkan ISA menyerukan pemansuhan:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pensyarah dalam senarai JI?
  2. ^ Minda Pengarang: IPT diminta sekat JI sebar ideologi militan di kalangan pelajar[pautan mati kekal]
  3. ^ ATM nafi terbabit dengan aktiviti pengganas di Acheh
  4. ^ "KDN kesan militan Islam, bukan Islam bertapak sini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-20.
  5. ^ Tahanan ISA warga asing akan dihantar pulang
  6. ^ PDRM Beri Taklimat Khas Pada Selasa Bendung Sebar Anasir Pengganas Di IPT
  7. ^ Timbalan Perdana Menteri Arah Saringan Pengambilan Pensyarah IPT Diperketat
  8. ^ Hishammuddin Jamin Keselamatan Negara Terkawal
  9. ^ Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang Mengenai Jemaah Islamiah - Najib
  10. ^ Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita
  11. ^ "Isu JI untuk kekalkan ISA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-24. Dicapai pada 2010-06-22.