Jemima Goldsmith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jemima Khan)
Jump to navigation Jump to search
Jemima Marcelle Khan
189px
Khan at the premier of Music and Lyrics.
KelahiranJemima Marcelle Goldsmith
(1974-01-30) 30 Januari 1974 (umur 45)
KediamanFulham, London, United Kingdom
PendidikanUniversity of Bristol
SOAS, University of London
PekerjaanCharity worker
Terkenal keranarelationship with Hugh Grant and as beautiful heiress
PasanganImran Khan (1995-2004)
PasanganHugh Grant (2004-2007)
AnakSulaiman Isa Khan
Kasim Khan
Ibu bapaSir James Goldsmith
Lady Annabel Goldsmith

Jemima Khan (née Goldsmith) (dilahirkan pada 30 Januari 1974) merupakan Duta UNICEF.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di London dengan nama Jemima Marcelle Goldsmith . Anak sulung kepada Lady Annabel Vane-Tempest-Stewart dan mendiang Inggeris-Perancis Sir James Goldsmith.

Mendapat pendidikan di Old Vicarage Preparatory School . Kemudian belajar di Francis Holland School di Graham Terrace. Seterusnya belajar di Universiti Bristol padaz 1993. Kemudian belajar di Sekolah Oriental dan Kajian Afrika di Universiti London.

Gambar Jemima sering digunakan untuk mempromosikan kempen Unicef terutama dalam majalah fesyen bagi mengutip bantuan dan tajaan antarabangsa. Tahun 2007, beliau dilihat intim dengan aktor Hugh Grant. Jemima dikatakan sangat pemalu oleh bekas suaminya.

Hidup di Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 1995, Jemima Goldsmith berkahwin dengan pemain kriket Pakistan bernama Imran Khan. Mereka bertemu di sebuah kelab malam sebelum berkahwin. Imran Khan yang berugama Islam cuba memperkenalkan Islam kepada isterinya yang amat muda itu. Jemima sering membaca buku karya Muhammad Asad, seorang Yahudi yang memeluk agama Islam dan tinggal di Amerika Syarikat. Muhammad Asad merupakan penulis buku 'Road To Mecca'.

Selepas mereka berkahwin, Imran Khan telah menjadi pengasas dan pengerusi parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI). Jemima belajar bahasa Urdu dan memakai pakaian tradisional Pakistan serta turut berkempen meningkatkan tahap literasi komputer di Pakistan. Dia juga menyokong pembangunan tabung Pusat Penyelidikan dan Hospital Kanser Khanun yang diasaskan oleh Imran Khan pada 1994.

Anak lelaki mereka Sulaiman Isa lahir pada 1996 dan Kasim lahir pada 1999.

Pada 1999 , Jemima dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengeksport / menyeludup beratus-ratus jubin seramik yang mempunyai nilai sejarah pada era awal Islam . Beliau segera menafikan jenayah penyeludupan itu kerana semua jubin itu dibeli di pasar tempatan. Kes itu dibatalkan selepas Jeneral Pervez Musharraf melakukan rampasan kuasa tentera. Menteri Kebudayaan dan Arkeologi menyatakan semua jubin itu bukanlah barang antik.

Jun 2004, Imran Khan mengumumkan mereka bercerai. Sebelum itu Jemima dibabitkan dan dituduh sebagai agen Yahudi yang hendak menguasai Pakistan. Jemima pernah membawa petisyen ke Mahkamah Pakistan , mendakwa Perdana Menteri Nawaz Sharif cuba menangkap dan memusnahkan suaminya Imran Khan.

Hubungan dengan Hugh Grant[sunting | sunting sumber]

Zelepas bercerai , pada 2004 Jemima berkenalan dengan aktor Hollywood, Hugh Grant. Tetapi sehingga Februari 2007, kesudahan hubungan mereka masih tidak jelas.

Duta Unicef[sunting | sunting sumber]

Sejak September 2001, Jemima Khan menjadi Duta Unicef bagi UK iaitu berkenaan pembelaan terhadap kanak-kanak terbiar dan dieksploitasi. Jemima melakukan beberap trip ke lokasi seperti Nairobi (Kenya), Kabul (Afghanistan), Abbottabad dan Balakot (Pakistan). Tiga perkara yang disumbangkannya kepada Unicef ialah bergambar, temubual dan terbang ke lokasi. Isu yang selalu disentuh ialah buruh kanak-kanak dan penyeludupan kanak-kanak.

Usaha[sunting | sunting sumber]

Pada 1998, Jemiam melancarkan Jemima Khan Ltd , sebuah syarikat membuat pakaian yang diusahakan oleh rakyat miskin Pakistan. Mereka melakukan kera-kerja menekat pakaian Barat dengan seni kraftangan yang halus dan motif-motif Islam. Pakaian ini dijual dengan jenama Jemima khan Design di gedung-gedung Henri Bendel, Harrods, Browns dan A la Mode di London dan New York. Semua keuntungan disalurkan kepada Pusat Penyelidikan dan Hospital Kanser Shaukat Khanun. Akibat peristiwa 911 , jenama pakaian Jemima Khan telah ditutup.