Kuih jemput-jemput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jemput-jemput)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kuih jemput-jemput

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Jemput-jemput
جمڤوت٢
YosriJemputBawang.jpg
cucur bawang.
Nama alternatifCekodok, cucur
Jeniskudapan
Jenis sajianPenganan
Tempat asalIndonesia[2] and Malaysia[3]
Masakan negara yang berkaitanIndonesia, Malaysia, Singapura, Brunei
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaTepung (bahan-bahan tambahan lain seperti: pisang, ikan bilis, udang, bawang or jagung)
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Jemput-jemput
جمڤوت٢|Buku Masakan: Kuih jemput-jemput]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Jemput-jemput
جمڤوت٢|Media: Kuih jemput-jemput]]


Perbezaan nama

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Jemput-jemput (Tulisan Jawi: جمڤوت٢ ), ialah sejenis sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan tepung, pisang, dan gula yang dijemput sedikit-sedikit kemudian digoreng; dan juga sejenis kuih diperbuat dengan adunan tepung, bawang, garam, dan bahan-bahan lain yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng. [4] Jemput-jemput mempunyai dua bahan asas adunan yang berbeza dari cucur yang dicampur sekali bersama tepung, iaitu pisang dan gula (sebagai manisan) atau bawang, dan ukurannya lebih kecil berbanding cucur.

Cucur (Tulisan Jawi: چوچور ), pula sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng, [5] ini bermaksud cucur ialah adunan berasaskan tepung yang boleh berintikan pelbagai jenis bahan, seperti jagung, udang, ikan bilis, sayur-sayuran dan lain-lain. Namun begitu, cucur seperti yang didefinisikan oleh Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) sebagai sejenis penganan, dibuat dari adonan tepung beras dan gula merah dan digoreng. [6]

Cekodok (Tulisan Jawi: چكودوق ), pula sejeinis cucur yang dibuat daripada adunan tepung dengan pisang yang digoreng. [7]


Antara jenis biasa yang dibuat adalah seperti berikut:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kuih sebagai makanan jati diri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-02-22.
  2. ^ "Jemput jemput pisang kuliner khas anambas, kepulauan riau". (Indonesian)
  3. ^ "Kuih Kodok/Jemput-Jemput Pisang - Malaysian Mashed Banana Fritters – Sam Tan's Kitchen".
  4. ^ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=jemput
  5. ^ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Cucur
  6. ^ https://kbbi.web.id/cucur-3
  7. ^ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=cekodok
  8. ^ Surasa kembalikan nostalgia silam.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]