Jen Psaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jen Psaki
Psaki di Bilik Taklimat Brady, 2021
Setiausaha Akhbar Rumah Putih ke-34
Memegang jawatan
20 Januari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanKarine Jean-Pierre
Didahului olehKayleigh McEnany
Pengarah Komunikasi Rumah Putih
Dalam jawatan
1 April 2015 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehJennifer Palmieri
Digantikan olehSean Spicer
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat
Dalam jawatan
5 April 2013 – 31 Mac 2015
PresidenBarack Obama
TimbalanMarie Harf
Didahului olehVictoria Nuland
Digantikan olehJohn Kirby
Timbalan Pengarah Komunikasi Rumah Putih
Dalam jawatan
19 Disember 2009 – 22 September 2011
PresidenBarack Obama
Didahului olehDaniel Pfeiffer
Digantikan olehJennifer Palmieri
Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 19 Disember 2009
PresidenBarack Obama
PemimpinRobert Gibbs
Didahului olehTony Fratto
Digantikan olehBill Burton
Butiran peribadi
LahirJennifer Rene Psaki
(1978-12-01) 1 Disember 1978 (umur 45)
Stamford, Connecticut, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganGregory Mecher (k. 2010)
Anak-anak2
PendidikanCollege of William & Mary (BA)

Jennifer Rene Psaki (/sɑːk/; lahir 1 Disember 1978)[1][2][3][4] ialah penasihat politik Amerika Syarikat yang bertugas di pentadbiran Biden[5] sebagai Setiausaha Akhbar Rumah Putih ke-34. Sebelumnya, beliau pernah berkhidmat sebagai jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat dan memegang pelbagai peranan media kanan dan komunikasi di Rumah Putih dibawah bekas Presiden Barack Obama.[6] Beliau juga pernah menjadi penyumbang kepada CNN.[7]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Psaki dilahirkan di Stamford, Connecticut, kepada James R. Psaki dan Eileen Dolan Medvey.[8] Ayahnya merupakan pesara pemaju harta tanah, dan ibunya pula ialah seorang ahli psikoterapi.[9] Beliau berketurunan Ireland, Yunani, dan Poland.[10] Beliau lulus dari Greenwich High School pada 1996. Pada 2000, beliau lulus dari College of William & Mary dengan ijazah dalam pengajian Inggeris dan sosiologi.[11] Beliau adalah ahli kumpulan pelajar Chi Omega.[12] Di William & Mary, Psaki merupakan perenang gaya pukulan belakang yang kompetitif untuk pasukan atlet William & Mary Tribe selama dua tahun.[12][13]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Psaki memulakan kerjayanya pada 2001 dengan kempen pemilihan semula calon Demokrat Iowa Tom Harkin untuk Senat A.S. dan Tom Vilsack untuk Gabenor. Psaki kemudian menjadi Timbalan Setiausaha Akhbar untuk kempen Presiden John Kerry pada 2004. Dari 2005 hingga 2006, Psaki berkhidmat sebagai pengarah komunikasi kepada ahli Dewan Perwakilan A.S. Joseph Crowley dan Setiausaha Akhbar Serantau untuk Jawatankuasa Kempen Kongres Demokrat.[14]

Pentadbiran Obama[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kempen Presiden oleh Senator A.S. Barack Obama pada 2008, Psaki berperanan sebagai Setiausaha Akhbar Perjalanan.[14] Setelah Obama memenangi pilihan raya, Psaki mengikuti Obama ke Rumah Putih sebagai Timbalan Setiausaha Akhbar dan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Komunikasi pada 19 Disember 2009.[15][16] Pada 22 September 2011, Psaki meninggalkan jawatan ini untuk menjadi naib presiden kanan dan pengarah urusan di Washington, D.C., pejabat firma perhubungan awam Global Strategy Group.[17][18]

Pada 2012, Psaki kembali ke bidang komunikasi politik sebagai Setiausaha Akhbar untuk kempen pilihan raya Presiden Obama 2012.[19] Pada 11 Februari 2013, Psaki menjadi jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat.[19] Pengambilan kerjanya di Jabatan Negara mendorong spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jay Carney ketika beliau meninggalkan Rumah Putih,[20] tetapi pada 30 Mei 2014, diumumkan bahawa Josh Earnest akan menggantikan Carney. Pada 2015, beliau kembali ke Rumah Putih sebagai pengarah komunikasi dan berkhidmat sehingga akhir pentadbiran Obama.

Pada 7 Februari 2017, Psaki mula bekerja sebagai pengulas politik di CNN.[3]

Pentadbiran Biden[sunting | sunting sumber]

Pada November 2020, Psaki meninggalkan CNN dan menyertai pasukan peralihan Biden-Harris.[1][21] Akhir bulan itu, Psaki dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Rumah Putih untuk pentadbiran Joe Biden.[22][23][24] Beliau mengadakan taklimat akhbar pertamanya pada petang 20 Januari, selepas majlis angkat sumpah Biden.[25]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Psaki berkahwin dengan Gregory Mecher, timbalan pengarah kewangan di Jawatankuasa Kempen Kongres Demokrat.[26] Mereka mempunyai dua orang anak.[27]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Biden umum semua wanita dalam pasukan komunikasi". Sinar Harian. 30 November 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  2. ^ Allen, Mike (1 Disember 2013). "Welcome to December! -- The sentence in today's NYT that will make a few people with .gov addresses cringe -- What Obama Bought at Politics and Prose". Politico (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2014.
  3. ^ a b Concha, Joe (8 Februari 2017). "Jen Psaki joins CNN". The Hill (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 8 Februari 2017.
  4. ^ Papp, Justin; Munson, Emilie (2020-12-01). "Who is Jen Psaki? CT native expected to reset media relations as Biden's press secretary". CTInsider.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2021.
  5. ^ "President-elect Joe Biden and Vice President-Elect Kamala Harris Announce Members of White House Senior Communications Staff". President-Elect Joe Biden (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  6. ^ "Jen Psaki returns to White House". Politico (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2015. Dicapai pada 19 Februari 2015.
  7. ^ "Jen Psaki". Carnegie Endowment for International Peace (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  8. ^ "Clipped From The Bridgeport Post" (dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 1976. m/s. 30 – melalui newspapers.com.
  9. ^ "Jennifer Psaki, Gregory Mecher". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 2010-05-07. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  10. ^ "Biden Picks Greek-American Jen Psaki to Lead Confirmation Team". The National Herald (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2020. Psaki is of Irish, Greek and Polish descent with her Greek roots in Messinia through her father James R. Psaki
  11. ^ "Psaki '00 named White House communications director" (dalam bahasa Inggeris). College of William & Mary. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  12. ^ a b Sawicki, Stephen (Februari 2011). "Meeting the Press". Greenwich Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2013. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
  13. ^ "Women's swimming and diving roster" (dalam bahasa Inggeris). College of William & Mary. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 1997.
  14. ^ a b "Jennifer Psaki" (dalam bahasa Inggeris). Center for Responsive Politics. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 6 Julai 2013.
  15. ^ "Jen Psaki". WhoRunsGov (dalam bahasa Inggeris). WashingtonPost.com. 23 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 6 Julai 2013.
  16. ^ Allen, Mike (19 Disember 2009). "Jen Psaki named Deputy Communications Director -- Summit accepts Obama deal -- Health reform could effectively pass at 1 a.m. Monday -- Shannon Flaherty b'day". Mike Allen's Playbook (dalam bahasa Inggeris). Politico.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 6 Julai 2013.
  17. ^ Calmes, Jackie (20 September 2011). "White House Deputy Communications Director Steps Down". The Caucus (dalam bahasa Inggeris). NYTimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 6 Julai 2013.
  18. ^ Lewis, Charles J. (22 September 2011). "Greenwich High alum resigns White House job". Greenwich Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Julai 2013.
  19. ^ a b "Jen Psaki, Department Spokesperson" (dalam bahasa Inggeris). Jabantan Negara AS. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2013. Dicapai pada 5 Julai 2013.
  20. ^ Rogin, Josh (15 Februari 2013). "What Jen Psaki faces as the new State Department spokeswoman". The Cable (dalam bahasa Inggeris). FP Group, a division of the Washington Post Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2013.
  21. ^ Kate Sullivan (30 November 2020). "Biden announces all-female senior White House communications team". edition.cnn.com (dalam bahasa Inggeris). CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  22. ^ "Jen Psaki, White House Press Secretary". President-Elect Joe Biden (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2021.
  23. ^ Linskey, Annie; Stein, Jeff. "Biden hires all-female senior communications team, names Neera Tanden director of OMB" (dalam bahasa Inggeris). Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2020. Dicapai pada 29 November 2020.
  24. ^ "White House Press Secretary Jen Psaki Holds First Briefing | C-SPAN.org". www.c-span.org (dalam bahasa Inggeris).
  25. ^ New White House press secretary holds 1st briefing this evening (dalam bahasa Inggeris) CBC. Dicapai pada 21 Januari 2021
  26. ^ McCarthy, Ellen (16 Mei 2010). "OnLove Wedding: Jen Psaki and Gregory Mecher get married in Maryland". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Julai 2014.
  27. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 29 November 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Victoria Nuland
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat
2013-2015
Diikuti oleh:
John Kirby
Didahului oleh
Jennifer Palmieri
Pengarah Komunikasi Rumah Putih
2015-2017
Diikuti oleh:
Sean Spicer
Didahului oleh
Kayleigh McEnany
Setiausaha Akhbar Rumah Putih
2021-kini
Pemegang jawatan kini