Jenayah di sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jenayah di sempadan biasanya melibatkan kegiatan penyeludupan dadah, barangan dan pekerja asing. Mereka menggunakan senjata dan teknologi moden bagi melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen. Kadar harga yang berbeza antara dua negara di kedua-dua belah sempadan menyebabkan penyeludupan barangan berlaku.

Contohnya mercun pada musim perayaan dan senjata api yang murah di Thailand akan diseludup ke Malaysia. Petrol, diesel dan minyak masak yang murah di Malaysia pula akan diseludup ke Thailand melalui jalan sungai di Sungai Golok menuju ke Takbai. Kampit-kampit beras Siam akan diselitkan di dalam gerabak-gerabak kereta api menuju ke Padang Besar di Perlis kerana permintaan tinggi.

Tenaga kerja Indonesia (TKI) yang murah akan diseludup melalui jalan-jalan semut di sempadan Kalimantan. Malahan mereka balik berhari raya di Indonesia melalui lorong semut ini.