Jenayah terhadap kemanusiaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jenayah terhadap manusia sejagat, sebagaimana ditakrifkan oleh Memorandum Keterangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa, "ialah kesalahan yang menjelekkan kerana ia merupakan suatu serangan yang serius terhadap maruah manusia atau penghinaan yang serius atau perendahan maruah satu atau lebih manusia. Ia bukan peristiwa terpencil atau peristiwa sekali-sekala tetapi merupakan sebahagian dasar kerajaan (walaupun pesalah tidak perlu mengaitkan diri dengan dasar itu) atau amalan yang meluas terhadap kekejaman yang dibiarkan berlaku atau dimaafkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa de facto. Pembunuhan, penghapusan, penyeksaan, dan rogol, serta penindasan politik, penindasan bangsa, atau penindasan agama dan perbuatan lain yang tidak berperikemanusiaan mencapai ambang jenayah terhadap manusia sejagat hanya jika ia merupakan sebahagian daripada amalan yang meluas atau yang sistematik. Perbuatan tak berperikemanusiaan seperti itu yang terpencil mungkin merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang serius, atau bergantung kepada keadaan, jenayah perang, tetapi mungkin tidak terangkum dalam kategori jenayah yang dibincangkan".[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sebagaimana dipetik oleh Guy Horton di Dying Alive - A Legal Assessment of Human Rights Violations in BurmaApril 2005, dibiayai bersama-sama oleh The Netherlands Ministry for Development Co-Operation. Lihat bahagian "12.52 Crimes against humanity", m.s. Rujukan RSICC/C, Jilid 1 m.s. 360