Jengish Chokusu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jengish Chokusu
Puncak Pobeda / Puncak Kejayaan
PobiedaFrmCB.jpg
Jengish Chokusu dari pangkalan di Kyrgyzstan
Titik tertinggi
Ketinggian7,439 m (24,406 ka) [1]
Kedudukan ke-60
Tonjolan4,148 m (13,609 ka) [1]
Kedudukan ke-16
Pengasingan560 kilometer (350 mi)
SenaraiTitik tertinggi negara
Ultra
Koordinat42°02′15″N 80°07′30″E / 42.03750°N 80.12500°E / 42.03750; 80.12500Koordinat: 42°02′15″N 80°07′30″E / 42.03750°N 80.12500°E / 42.03750; 80.12500[1]
Geografi
LokasiDaerah Ak-Suu, Wilayah Issyk-Kul, Kyrgyzstan
Kaunti Wensu, Xinjiang, China
Induk banjaranKakshaal Too, Tian Shan
Pendakian
Pendakian pertama1956 oleh Vitaly Abalakov
Laluan paling mudahPendakian ais/salji

Jengish Chokusu (Kyrgyz: Жеңиш чокусу, Ceñiş çoqusu, جەڭىش چوقۇسۇ [dʒeŋiʃ tʃoqusú]; Rusia: Пик Победы, Pik Pobedy [pʲik pɐˈbʲɛdɨ]) merupakan gunung tertinggi di pergunungan Tian Shan dengan ketinggian 7,439 meter (24,406 kaki) yang terletak di sempadan Kyrgyzstan dan China iaitu di antara daerah Ak-Suu di wilayah Issyk-Kul, Kyrgyzstan dan kaunti Wensu di Xinjiang, China. Ia juga merupakan puncak tertinggi di Kyrgyzstan.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Secara rasminya dalam bahasa Kyrgyz, ia dipanggil sebagai Jengish Choqusu iaitu "Puncak Kejayaan" manakala dipanggil dalam bahasa Rusia sebagai Pik Pobedy (Puncak Pobeda) yang membawa maksud sama. Dalam bahasa Uyghur pula, ia dinamakan sebagai Tömür yang juga merupakan nama rasmi dalam bahasa Cina, di mana perkataannya, Tuōmù'ěr Fēng (Ringkas: 托木尔峰; Tradisional: 托木爾峰) merupakan gabungan perkataan tomur ("besi" dalam bahasa Uyghur) dan feng ("puncak" dalam bahasa Cina).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jengish Chokosu merupakan sebuah massif dengan beberapa puncak di banjarannya. Namun, hanya puncak utamanya yang berketinggian melebihi 7,000 meter. Gunung ini terletak 16 kilometer di barat laut Khan Tegri. Kedua-dua gunung ini dipisahkan oleh glasier Engilchek Selatan, di mana pangkalan perkhemahan untuk kedua-dua gunung boleh ditemui.

Rekod[sunting | sunting sumber]

Gunung ini merupakan gunung tertinggi di Kyrgyzstan dan juga merupakan gunung 7,000 meter yang paling utara di dunia; ketinggian puncak batu sebenar Khan Tegri ialah 6,995 meter, tetapi lapisan ais tebal menambah ketinggiannya sebanyak 15 meter sehingga pendaki gunung menganggap Khan Tegri sebagai gunung 7,000 meter.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setem Kyrgyzstan yang menampilkan Jengish Chokosu.

Pada 19 September 1938, sekumpulan pendaki Soviet, L. Gutman, E. Ivanov dan A. Sidorenko yang diketuai oleh A. A. Letavet berjaya mendaki ke puncak gunung sebagai menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Komsomol, sebuah gerakan belia komunis dan memanggil puncaknya dengan nama Pik 20-ti letiya Komsomola (Puncak Ulang Tahun ke-20 Komsomol).[2] Namun, mereka memberikan anggaran salah berkenaan ketinggian gunung tersebut, iaitu 6,930 meter.[3]

Sebuah lagi kajian oleh kumpulan lain pada 1943 mendapati bahawa ketinggian puncak itu ialah 7,439 m. Hal ini menyebabkan pendakian 1938 dipertikaikan, walaupun Soviet tetap mengiktiraf pendakian tersebut. Puncak itu dinamakan semula sebagai Pik Pobedy sebagai memperingati kejayaan Soviet dalam Perang Dunia Kedua pada 1946.[2]

Sebuah lagi pendakian besar-besaran telah dilakukan pada 1955, tetapi gagal dengan teruk apabila 11 orang pendaki maut akibat ribut salji.[4]

Pendakian pertama di Jengish Chokusu yang dapat disahkan ialah oleh kumpulan Vitaly Abalakov pada 1956.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "The Central Asian Republics: Ultra-Prominence Page". Peaklist.org. Retrieved 2014-05-26.
  2. ^ a b Prokhorov, A. M. (1975). Большая Советская Энциклопедия [Ensiklopedia Besar Soviet] (dalam bahasa Rusia). Bab Ke-20 (edisi ketiga). Мoscow: Soviet Encyclopedia. 
  3. ^ Kuzmin, К. К (1972). Самый северный семитысячник [Gunung 7000 Meter Paling Utara] (dalam bahasa Rusia) (edisi Сборник «Побеждённые вершины 1970—1971»). Moscow: Mysl. 
  4. ^ Garner, William (Ogos 1986). "'High Road to 'Victory'" Soviet and U.S. Climbers conquer Pik Pobedy". National Geographic Magazine (dalam bahasa Inggeris). m/s. 258. 
  5. ^ "Pik Pobeda". SummitPost. Dicapai 4 November 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]