Yenny Rachman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jenny Rachman)
Jump to navigation Jump to search
"Jenny Rachman" dilencongkan di sini.
Yenny Rachman
Yenny Rachman with Citra Award, Festival Film Indonesia (1982), 1983, p61.jpg
Yenny bersama trofi Anugerah Citra dimenanginya di Festival Filem Indonesia 1982
KelahiranJenny Rosyeni Rachman
(1959-01-18) 18 Januari 1959 (umur 60)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1973–kini
Terkenal keranaNovember 1828
Kabut Sutra Ungu
Budak Nafsu
Pasangan
  • Budi Prakoso (bercerai)
  • Romo Yiti Yudowahyo (bercerai)
  • Suprajardto (berkahwin 2008)
AnugerahAnugerah Citra[1]

Jenny Rosyeni Rachman atau lebih dikenali sebagai Yenny Rachman (juga dieja Jenny Rachman; lahir 18 Januari 1959) merupakan seorang pelakon wanita Indonesia yang kerjayanya telah melangkau hampir 4 dekad.[2] Antara filem-filem lakonannya ialah Akibat Pergaulan Bebas (1977), Kabut Sutra Ungu (1979) dan biopik R.A. Kartini (1983). Kemunculan beliau di industri filem Indonesia sezaman dengan Christine Hakim.[2][3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 18 Januari 1959 sebagai Jenny Rosyeni Rachman dan berketurunan Aceh dan Cina-Madura. Yenny memulakan kerjaya awalnya sebagai sebagai bintang iklan, model foto, dan peragawati sejak usia 14 tahun. Filem sulung lakonannya ialah Ita Si Anak Pungut (1973) arahan Frank Rorimpandey dan menjayakan peranan utama pertama menerusi filem Rahasia Gadis (1975). Penglibatannya dalam dunia filem melayakkan beliau menerima kemenangan di Anugerah Citra menerusi Kabut Sutra Ungu (1979) arahan Sjumandjaja di Festival Filem Indonesia (FFI) 1980[1] dan Gadis Marathon (1981) arahan Chaerul Umam di festival sama yang diadakan pada 1982.[1][2]

Pada akhir tahun 1970-an, Yenny dikenali sebagai salah satu bintang The Big Five (selain Roy Marten, Doris Callebaute, Yati Octavia dan Rano Karno) juga dinilai sebagai pelakon yang berbakat. Beliau menjadi magnet layar yang menghasilkan pecah panggung bagi filem-filemnya, sekaligus kerjaya lakonannya dihargai pengkritik. Oleh itu, beliau diberi jolokan "Ratu Bioskop Indonesia" oleh penggiat industri perfileman Indonesia.[4]

Biarpun kini kurang aktif berlakon di layar lebar, Yenny tetap aktif di dunia hiburan. Menerusi kongres PARFI 2006, Yenny terpilih sebagai ketua pertubuhan pelakon filem Indonesia untuk tempoh empat tahun (2006-2010), menggantikan Eva Rosdiana Dewi.

Yenny berkahwin sebanyak dua kali, perkahwinan pertama beliau ialah bersama Budi Prakoso (adik Setiawan Djodi). Beliau berkahwin kali kedua dengan Niti Yudowahyo, ekspatriat Indonesia-Australia.[5] Perkahwinan mereka berakhir pada 11 Disember 2007.[6] Tidak lama selepas perceraiannya, pada 18 April 2008, Yenny dilamar oleh Supradjarto, salah seorang pengarah Bank BRI. Pada majlis pernikahan, Ketua Umum PP Muhammadiyah, Din Syamsuddin bertindak sebagai wali hakim mempelai pengantin perempua , manakala Hutomo Mandala Putra atau Tommy Soeharto menjadi saksi pernikahan.[7] Kini Yenny sedang mempersiapkan dirinya untuk kembali mewarnai industri perfileman Indonesia dengan menjadi penerbit filem yang mengambil tema tentang Kartini.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Yenny telah berlakon sebanyak 32 filem sepanjang kerjayanya.[3]

  • Ita Si Anak Pungut (1973)
  • Jangan Biarkan Mereka Lapar (1974)
  • Prahara (1974)
  • Rama Superman Indonesia (1974)
  • Susana (1974)
  • Rahasia Gadis (1975)
  • Akibat Pergaulan Bebas (1977)
  • Christina (1977)
  • Kekasih (1977)
  • Kugapai Cintamu (1977)
  • Pengalaman Pertama (1977)
  • Secerah Senyum (1977)
  • Semau Gue (1977)
  • Akibat Godaan (1978)
  • Binalnya Anak Muda (1978)
  • Laki-Laki Binal (1978)
  • November 1828 (1978)
  • Pahitnya Cinta Manisnya Dosa (1978)
  • Perempuan Tanpa Dosa (1978)
  • Kabut Sutra Ungu (1979)
  • Kecupan Pertama (1979)
  • Romatika Remaja (1979)
  • Bukan Sandiwara (1980)
  • Busana Dalam Mimpi (1980)
  • Kembang Padang Kelabu (1980)
  • Gadis Marathon (1981)
  • Hati Selembut Salju (1981)
  • Budak Nafsu (1983)
  • R.A. Kartini (1983)
  • Doea Tanda Mata (1984)
  • Hatiku Bukan Pualam (1985)
  • Di Bawah Lindungan Ka'bah (2011)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Sumber petikan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]