Jerangkung Dalam Almari (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerangkung Dalam Almari
PengarahShadan Hashim
PenulisShadan Hashim
Dihasilkan olehRaja Azmi
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda mysc
Disunting olehZul Azhar
Muzik olehTrabye, Karya Enigma
Syarikat
penerbitan
Akid Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Northstar Prodigy Picture Sdn Bhd
Diedarkan olehEmpire Film Solution Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 4 Ogos 2022 (2022-08-04)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 800,000
Pecah panggungRM 2.15 Juta

Jerangkung Dalam Almari ialah sebuah filem seram yang diterbitkan pada 2022 tulisan dan arahan Shadan Hashim. Ia menceritakan tentang kehidupan Fikri lakonan Dato' Adi Putra, yang tidak tenteram akibat gangguan lembaga yang menjelma dari dalam sebuah almari. Filem ini ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Fikri (Dato’ Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia menakutkan di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Jerangkung Dalam Almari menjalani penggambaran pada April 2019 selama 26 hari dan dijadualkan untuk tayangan sekitar 2020, tertunda akibat pandemik coronavirus dan PKP, akhirnya menemui penonton pada 4 Ogos 2022. Lagu Jerangkung Dalam Almari dendangan Wings diambil menjadi lagu tema filem ini kerana ia bukan saja berkongsi mesej yang sama dengan filem, tetapi lagu ini juga sering menjadi siulan anak muda pada tahun 90an.

Menurut pelakon utama Dato’ Adi Putra, filem Mat Kilau ialah sebuah kisah perjuangan menentang penjajah yang datang dari luar, manakala filem Jerangkung Dalam Almari pula ialah tentang iman dan bagaimana menentang penjajah yang datang dari dalam diri. Antara sebab utama Hasnul Rahmat menerima tawaran untuk melakonkan watak Ali ialah kerana tajuk filem ini sama dengan lirik lagu Jerangkung Dalam Almari yang ditulis oleh sahabat baik beliau, arwah Loloq.

Dalam sesi ujibakat, Sophia Albarakbah yang pada waktu itu masih belum dikenali, dipilih menjadi pelakon wanita utama setelah mengenepikan tujuh pelakon wanita lain yang ternama. Filem ini juga menggunakan khidmat pengarah fotografi terkenal, Indra Che Muda(mysc) yang pernah terlibat menjayakan filem-filem “pecah panggung” seperti Jangan Pandang Belakang, Ngangkung, Misteri Dilaila dan Penunggang Agama 1 & 2.

Filem yang menampilkan hantu jerangkung hanya sekali pernah difilemkan iaitu pada tahun 1957 bertajuk Hantu Jerangkung. Menurut penulis dan pengarah Shadan Hashim, antara yang paling mencabar dalam menghasilkan filem ini ialah untuk mengujudkan hantu jerangkung itu sendiri.

Jerangkung Dalam Almari ialah filem pertama terbitan Akid Productions Sdn Bhd.

Pembukaan Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem Jerangkung Dalam Almari ditayangkan di 92 lokasi sinema seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula pada 4 Ogos 2022.

Sambutan Penonton[sunting | sunting sumber]

Mencatat kutipan RM 1 juta pada 4 hari tayangan. RM 1.3 juta pada minggu pembukaan dan mencecah RM 2 juta pada hari ke 14. Filem nombor 1 di semua outlet Cathay Cinemas Singapura yang menayangkan filem ini pada minggu pembukaan.

Maklumbalas media, pengkritik dan penggiat filem[sunting | sunting sumber]

Haryani Ismail dari Berita Harian Singapura memberikan pujian, "karya ini mampu menaiktaraf filem seram kepada yang bermutu." Pengkritik filem dihormati Hassan Muthalib berkata, "satu pendekatan seram yang luar biasa. Mesti tonton!" Pengarah dan penerbit filem tersohor U-Wei Hj Saari berkata, "banyak kali teranjak punggung, tanda seramnya menjadi." Pengarah filem Prebet Sapu Muzzamer Rahman menulis, "Jerangkung ialah sebuah filem yang menimbul resah, seram dengan penceritaan yang tak dijangka." Portal hiburan terkemuka Mstar menekankan, "sebuah filem seram yang turut mengangkat elemen yang sinonim dengan masyarakat." Penulis hiburan terkenal Roslen Fadzil berkata, "jerangkung buat saya gelisah dan tak senang duduk." Blogger yang terkenal dengan ulasan filem Ajami Hashim menulis, "Jerangkung ialah sebuah filem domestik horror yang kegilaan dan keseramannya perlahan-lahan membuak sehingga ke penghujung! Pengkritik filem, Fadli Al-Akiti dari @tontonfilem mengulas, "feel urgency, kemudian memasuki misteri yang tiada penghujungnya genuine, dan biasanya tiada dalam filem seram kita sebelum ini, termasuk Munafik."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://pressreader.com/article/281771337937839

https://peakd.com/hive-166847/@nazirullsafry/noob-film-review-jerangkung-dalam-almari

https://www.youtube.com/watch?v=zQdNgF5zv5o

https://www.kosmo.com.my/2022/08/03/kisah-hantu-jerangkung-jarang-ditampilkan/

https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/868437/jerangkung-lawan-gadis-jolobu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]