Jerat Percintaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Jerat Percintaan"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 1 Mac 1996
Format Keluaran siaran radio
Dirakam pada Disember 1995
Genre Balada
Panjang 4:57
Syarikat Suria Records
Penulis Adnan Abu Hassan, Othman Zainuddin, Hani M.J.
Penerbit Adnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Jerat Percintaan"
(1996)
"Cari-Cari"
(1996)
Sampel audio
Info (help·info)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan (muzik video) di YouTube
Senarai runut Siti Nurhaliza
“Mahligai Asmara”
(Trek 2)
"Jerat Percintaan"
(Trek 3)
“Antara Waktu dan Usia”
(Trek 4)

"Jerat Percintaan" [1] ialah single pertama yang dipersembahkan oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dari album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, dan juga menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 1996.

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 4 minit dan 55 saat, Jerat Percintaan ialah sebuah lagu yang bersederhana perlahan dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ. Jerat Percintaan berkisarkan tentang cabaran yang dihadapi oleh dua insan apabila terperangkap dalam alam percintaan.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan mu

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lagu ini dimulakan dengan Siti Nurhaliza dan Adnan Abu Hassan berada di dalam studio rakaman. Kemudian, diikuti oleh Siti merakamkan suaranya di dalam studio. Dari awal hingga akhir muzik video ini, ia memaparkan Siti mengenangkan memori lamanya. Pada penghujung muzik video, Siti mengalirkan airmatanya dan diakhiri dengan Siti merenung di dinding.

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 1999, Siti menyanyikan Jerat Percintaan secara langsung di konsert solo pertama beliau, Konsert Live Siti Nurhaliza di Stadium Negara, Bukit Jalil dan memukau penonton yang hadir ke konsertnya. Semasa persembahannya di konsert SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun 2009,[2] Siti menyampaikan Jerat Percintaan sebagai sebahagian daripada persembahan ketiga beliau menerusi segmen Medley 2: Lagu Hit.[2]

Untuk persembahan beliau di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 hingga 7 Julai 2013,[3] Siti menyanyikan Jerat Percintaan yang diberikan gubahan baru oleh Ahmad Muriz Che Ros sebagai sebahagian daripada medley pertama konsert.[3] Beliau turut menyanyikan lagu sama dalam medley ketujuh di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April 2015, dengan iringan piano oleh Adnan Abu Hassan.[4]

Siti turut menyanyikan Jerat Percintaan dalam versi orkestra di konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016,[5] sempena ulang tahun ke-21 penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia dan juga ulang tahun ke-20 album pertamanya dan lagu Jerat Percintaan.[5]

Format runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Jerat Percintaan"   4:57

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (1996) Kedudukan
carta
Muzik FM 4
Muzik Muzik 2

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1996[6] "Jerat Percintaan" Lagu Balada Terbaik[7][8] Menang
Persembahan Terbaik[1][7][8] Menang
Pemenang Keseluruhan[1][7][8] Menang

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1997 "Jerat Percintaan" Lagu Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Sentuhan Adnan akhiri kemarau kategori Balada". Berita Harian. Digital Collections DC5: Text Archive. 30 December 2003. Dicapai pada 16 September 2010.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. 2.0 2.1 Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
  3. 3.0 3.1 Sultan Muzaffar (16 Julai 2012). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai pada 1 November 2013. 
  4. Budiey (20 March 2015). "Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya". Budiey.com. Dicapai pada 16 April 2015.  Check date values in: |date= (bantuan)
  5. 5.0 5.1 Budiey Isma (2 Mac 2016). "Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara". Budiey.com. Dicapai pada 18 Mac 2016.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. "Cabaran Buat Siti Nurhaliza.". Utusan Malaysia. Simply Siti Nurhaliza Zone. Dicapai pada 17 Jun 2010. 
  7. 7.0 7.1 7.2 "Catatan penting Juara Lagu". Utusan Malaysia Online. 1 January 2008. Dicapai pada 16 September 2010.  Check date values in: |date= (bantuan)
  8. 8.0 8.1 8.2 "Fakta menarik sejarah Juara Lagu". Utusan Malaysia Online. 16 January 2009. Dicapai pada 16 September 2010.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]