Pergi ke kandungan

Jerip Susil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerip Anak Susil
0
0
Timbalan Presiden Bagi Parti Sarawak Bersatu
Dalam jawatan
pada 2019 – 2023
Didahului oleh0
Digantikan oleh-
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Mambong
Menyandang jawatan
7 Mei 2016
Didahului olehkawasan ditukar nama daripada DUN Bengoh
Digantikan oleh-
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Bengoh
Dalam jawatan
2001–2016
Didahului oleh William Tanyuh Nub
Digantikan olehkawasan ditukar nama kepada DUN Mambong
Timbalan Menteri Pengangkutan I (Udara & Jalan)
Menyandang jawatan
22 April 2021
MenteriLee Kim Shin
PremierAbang Johari Openg
Didahului oleh-
Digantikan oleh-
Maklumat peribadi
Lahir
Jerip Anak Susil

(1957-04-28) 28 April 1957 (umur 68)
Sarawak
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Sarawak Bersatu (2012-2019), • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (2019-Kini)
Gabungan politik
lain
Gabungan Parti Sarawak (2019-kini)
Tinggi0
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususan0
TandatanganTandatangan

YB Datuk Dr. Jerip Susil (lahir 28 April, 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak.

Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak bersama dengan Henry Harry Jinep dan Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN bagi kawasan Mambong.

Sebelum menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) jerip pernah menjadi Timbalan Presiden Bagi Parti Sarawak Bersatu pada 2019 sebelum dibubar sepenuhnya pada 2023

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memenangi kerusi Bengoh pada pilihan raya negeri 2001, ketika menjadi ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN), dan mempertahankan kerusi itu selama 2 penggal. Namun pada 2014 beliau telah keluar parti SUPP bersama sebahagian besar ahli lain, dan bersama-sama menubuhkan parti baharu Parti Rakyat Bersatu (UPP). UPP, walaupun tidak menyertai BN sebagai komponen parti, menyatakan sokongan terhadap pemerintahan parti itu, dan menyebabkan beberapa ahli UPP dipilih sebagai calon BN secara terus pada pilhanraya negeri 2016, termasuk Jerip yang dipilih sebagai calon DUN Mambong.[1]

Pada tahun 2019, Jerip mengumumkan keluar parti UPP, yang kini dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).[2] PSB tidak menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebuah gabungan yang dibentuk setelah semua komponen parti BN Sarawak mengumumkan keiuar gabungan itu setelah kekalahan BN dalam pilihan raya Malaysia 2018. Jerip, bekas timbalan presiden PSB yang menyatakan sokongannya pada GPS, kemudian menyertai parti gabungan tersebut Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB}.[3]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2021 Mambong Jerip Susil GPS (PBB) 5,865 Sanjan Daik PSB 2,794 3,071
Chan Hong Hiung DAP 1,517
Joshua Roman PBK 958
Chong Siew Hung ASPIRASI 143
2016 Jerip Susil BN (Ahli terus) 6,161 Sanjan Daik DAP 2,828 3,333
Willie Mongin PKR 2,645
  1. ^ "Jerip Susil calon langsung BN pertama". Berita Harian. 5 April 2016. Dicapai pada 22 Mei 2025.
  2. ^ Joni, Melvin (11 Julai 2019). "Dr Jerip keluar PSB". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2025.
  3. ^ Jawing, Jessica (24 Oktober 2019). "Dr Jerip kini ahli PBB". www.utusanborneo.com.my. Dicapai pada 22 Mei 2025.