Jerung Versus Yu di Chow Kit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jerung Versus Yu di Chow Kit merupakan sebuah teater komedi ringan yang berkisarkan mengenai keadaan di satu sudut di Jalan Chow Kit yang digambarkan dengan 1001 ragam manusia yang berbaur antara bau hanyir longkang, hiruk pikuk penjaja tanpa lesen dan gelandangan yang tanpa tujuan. Di sudut yang lain pula di dalam teater ini digambarkan pula pelacur-pelacur bermekap tebal digoda beberapa lelaki hidung belang. Manusia-manusianya dianggap seperti jerung dan ikan yu.

Teater Jerung Versus Yu di Chow Kit diinspirasikan daripada epik terkenal, The Threepenny Opera oleh Kurt Weill. Teater yang ini ditayangkan di Panggung Bandaraya pada 2007 adalah naskhah teater muzikal aktivis teater, Roselina Khir Johari dan lakonan oleh mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pementasan ini adalah anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Universiti Malaya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Teater ini mengisahkan Juliet, anak ketua sindiketpelesenan pengemis, Mat Susah Sadikin dari Sentul telah lari dari dari ruah untuk berkahwin dengan ketua penyamun, Remos Marijo dari Chow Kit. Apabila Mat Susah Sadikin dan isterinya Monalisa mendapat tahu, mereka mengisytiharkan perang sehingga anak gadis mereka dipulangkan. Akhirnya Remos tertangkap dan dipenjara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mohd Fairuz Selamat sebagai Remos Marijo
  • Nabila Hizam sebagai Juliet
  • Che Zehan sebagai Mat Susah Sadikin
  • Ku Mohd Yasri sebagai ASP Kanan
  • Nur Liyana Izam sebagai Laila
  • Sarafina Abdullah sebagai Monalisa
  • Rosdi Abdullah sebagai Arjuna