Jessica Watson
Jessica Watson | |
---|---|
Kelahiran | 18 Mei 1993 |
Warganegara | Australia |
Pekerjaan | Pelayar |
Terkenal kerana | Orang termuda berlayar mengelilingi dunia secara solo |
Jessica Watson (18 Mei 1993 di Gold Coast, Queensland, Australia) menjadi pelayar termuda (16 tahun) mengelilingi dunia dengan perahu layar. Perahu layarnya sepanjang 10.23 m dan lebar 3.08 m. Nama bot itu ialah 'Ella's Pink Lady', asalnya bernama 'Shanty'. Bagaimanapun laluannya tidak memenuhi syarat World Sailing Speed Record Council (WSSRC).[1]
Beliau mengelilingi dunia selama 7 bulan (210 hari) secara solo tanpa henti mulai 18 Oktober 2009 dari Brisbane, Australia menuju ke Sydney, melalui Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Dia selamat tiba di pelabuhan Sydney pada 15 Mei 2010 iaitu 3 hari sebelum hari lahirnya. Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyifatkan beliau sebagai hero baru Australia dan dunia. Perjalanan 23,000 batu nautika menempuh badai dan gelombang. Dia ditaja oleh 17 syarikat dan terpampang di Opera House.
Insirasi utama dia belayar mengelilingi dunia ialah inginkan sesuatu yang dapat dibanggakan dalam hidupnya. Pengalamannya akan ditulis dalam buku 'True Spirit' dan akan diterbitkan oleh Hachette Publishing. Pelayarannya termasuklah New Zealand, Fiji, Kiribati, Tanjung Tanduk, Tanjung Harapan, Tanjung Leeuwin, Tanjung Tenggara. Semasa Krismas 25 Disember 2009, dia berada di Point Nemo. Pada 3 Mei sampai di Pulau Tasmania.
Sebelum ini ramai tidak yakin dengan usaha beliau mengelilingi dunia. Cubaan pertamanya ialah belayar dari Brisbane ke Sydney. Jessica juga dipertikai kerana tidak melintasi garisan Khatulistiwa sebagaimana syarat Suruhanjaya Rekod Kelajuan Pelayaran Dunia.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Daniel Munoz (15 Mei 2010). "Australian teenager finishes round-world solo sail". Reuters.
- ^ Solo sailor Jessica Watson, 16, completes globe-circling feat