Jetstar Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jetstar Hong Kong
Syarikat Penerbangan Jetstar Hong Kong
捷星香港航空
IATA ICAO Pengenal
JM JKT KAITAK
Ditubuhkan2012; 12 tahun yang lalu (2012)
Bermula operasi- (Tidak dilancarkan kerana Permohonan Lesen untuk beroperasi ditolak)
Operasi ditamatkan2015; 9 tahun yang lalu (2015)
Program kesetiaanQantas Frequent Flyer
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Hong Kong Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China
Orang pentingPansy Ho (Ketua Pengerusi)
Edward Lau (CEO)
Laman webwww.jetstar.com/cn/zh/home
www.jetstar.com/hk/en/home
www.jetstar.com/hk/zh/home


Jetstar Hong Kong
Cina Ringkas: 捷星香港航空
Cina Tradisional: 捷星香港航空
Maksud harfiah: Syarikat Penerbangan Jetstar Hong Kong

Jetstar Hong Kong ialah syarikat penerbangan tambang rendah yang dirancang, dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (Pada masa ini sebagai jenama yang digunakan untuk mempromosikan syarikat-syarikat saudara Jetstar). Pada Bulan Jun Tahun 2015, Lembaga Perlesenan Pengangkutan Udara Hong Kong menolak permohonan Jetstar Hong Kong untuk mendapatkan lesen operasi. [1]

Ia dibentuk pada Tahun 2012 sebagai usaha sama antara Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Penerbangan Qantas . [2] [3] Kemudian, pada Tarikh 6 Jun 2013, Shun Tak Holdings, sebuah konglomerat di Hong Kong dan Macau yang diuruskan oleh Pansy Ho melaburkan sebanyak US $ 66 juta untuk kepentingan 33.3% dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Penerbangan Qantas. [4] Jetstar Hong Kong merupakan anak syarikat Shun Tak Holdings di bawah Peraturan Penyenaraian. [5]

Walau bagaimanapun, Lembaga Perlesenan Pengangkutan Udara Hong Kong menolak permohonan Jetstar Hong Kong untuk mendapatkan lesen operasi pada Tarikh 25 Jun 2015. [6] Selepas itu, Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Pneerbangan Qantas mengumumkan berakhirnya penglibatannya di Jetstar Hong Kong. [7] [8]

Jetstar Hong Kong kekal sebagai jenama promosi di Hong Kong dengan laman rasmi Facebook yang aktif dan menekankan penerbangan langsung mereka ke beberapa destinasi seperti Tokyo, Osaka, Singapura, Hanoi dan Da Nang. [9]

Data Kod[sunting | sunting sumber]

  • Kod IATA : JM
  • Kod ICAO : JKT
  • Panggilan: Kaitak

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Airbus A320 di Toulouse-Blagnac Airport pada bulan September 2013
Airbus A320 di kedai di Toulouse-Blagnac Airport pada bulan Julai 2014

Jetstar Hong Kong mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sijil pengendali udara (AOC) pada Bulan Ogos Tahun 2012. [10] Usaha syarikat penerbangan itu pada awalnya merancang untuk memulakan perkhidmatannya pada akhir Tahun 2012, tetapi pihaknya sedang menunggu penerimaan persetujuan dari kerajaan Hong Kong. Berdasarkan Undang-Undang Dasar Hong Kong, pemerintah memiliki wewenang untuk mengeluarkan lesen penerbangan kepada syarikat yang diperbadankan di Hong Kong dan memiliki tempat perniagaan utama di wilayah tersebut.

Pada Tarikh 6 Jun 2013, diumumkan bahawa Shun Tak Holdings telah memperoleh 33.3% kepentingan di Jetstar Hong Kong. Setiap pelabur kini ada memegang saham yang sama dalam syarikat penerbangan anggaran. [11] [12] Jetstar Hong Kong mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi dan Lembaga majoriti Penduduk Tetap Hong Kong.

Pada Bulan Jun Tahun 2013, Biro Pengangkutan dan Perumahan mengatakan bahawa pemerintah sedang mengkaji rejim penunjukan syarikat penerbangan tempatan dan tidak akan memproses permohonan dari syarikat penerbangan baru sebelum selesainya tinjauan. [13] Biro Pengangkutan dan Perumahan kemudian mengatakan pada Bulan April Tahun 2014 bahawa tinjauan pemerintah Hong Kong mengenai kerangka penunjukan syarikat penerbangan Hong Kong telah selesai. [14]

Pada Bulan Februari Tahun 2014, Pendaftaran Syarikatnya diperbaharui untuk mencerminkan perubahan yang dibuat pada struktur pemungutan suara pemegang saham dan pelantikan dua anggota lembaga baharu dari pelabur tempatan iaitu Shun Tak Holdings. Struktur kepemilikan sahamnya diubah untuk memberikan hak suara pemilikan saham Shun Tak Holdings kepada pelabur tempatan dengan sebanyak 51% dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Penerbangan Qantas masing-masing mengekalkan dengan sebanyak 24.5%. [15]

Ketika syarikat penerbangan terus maju melalui proses kelulusan peraturan, permohonan Lesen Pengangkutan Udaranya telah diwartakan pada Bulan Ogos Tahun 2013 [16] tetapi menghadapi bantahan dari pesaing masa depan dari Syarikat Penerbangan iaitu Cathay Pacific, Dragonair (sekarang Cathay Dragon), Hong Kong Airlines dan Hong Kong Express. Siasatan awam mengenai Tempat Perniagaan Utama Jetstar Hong Kong (diwajibkan oleh undang-undang untuk menjadi Hong Kong) yang berkaitan dengan permohonannya untuk Lesen Pengangkutan Udara telah diadakan pada Bulan Januari Tahun 2015. [17] Pada Bulan Mac Tahun 2015, permohonan tersebut masih dipertimbangkan. [18]

Pada Tarikh 25 Jun 2015, Lembaga Perlesenan Pengangkutan Udara Hong Kong menolak permohonan Jetstar Hong Kong untuk mendapatkan lesen operasi. [6]

Pada Tarikh 17 Ogos 2015, Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines menamatkan penglibatan mereka dalam syarikat penerbangan itu dan tidak akan lagi melabur dalam projek tersebut. [7] Syarikat Penerbangan Qantas juga menghentikan pelaburan pada Tarikh 20 Ogos 2015. [8]

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Jetstar Hong Kong (JM)[sunting | sunting sumber]

Destinasi Jetstar Hong Kong yang Dicadangkan[sunting | sunting sumber]

Jetstar Hong Kong pada mulanya ada merancang untuk melayani perjalanan jarak pendek ke bandar-bandar di Republik Rakyat China, Jepun, Korea Selatan, Oceania dan Asia Tenggara. [19]

Jetstar Hong Kong mengemukakan permohonan untuk mengoperasikan perkhidmatan udara berjadual hingga sebanyak 129 laluan keluar dari Hong Kong, menurut dokumen yang diterbitkan oleh Lembaga Perlesenan Hong Kong. Syarikat penerbangan itu memohon laluan ke yang berikut: [20]

Armada[sunting | sunting sumber]

Jetstar Hong Kong membeli sebanyak sembilan Armada siri Airbus A320 . Tidak ada yang dihantar, dan disimpan di Toulouse-Blagnac Airport . Tiga dijual pada Bulan April Tahun 2014, diikuti oleh tiga lagi pada Bulan Ogos Tahun 2014. [21] Pada Bulan Mac Tahun 2015, dua lagi dijual kepada Pajakan Kewangan CMB. [18] [22]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Air Transport Licensing Authority - Summary of Decision" (PDF). 25 June 2015. Dicapai pada 25 June 2015.
  2. ^ "China Eastern Airlines and Qantas". Jetstar Airways. 26 March 2012. Dicapai pada 26 March 2012.
  3. ^ "Qantas, China Eastern Plan Cheap Flights for Asia Middle". 26 March 2012.
  4. ^ "Asia's Budget Airline Invasion". Bloomberg Businessweek. 13 February 2014. Dicapai pada 13 February 2014.
  5. ^ "Shun Tak Holdings Discloesable Transactions" (PDF). Hong Kong Stock Exchange. 26 September 2013. Dicapai pada 26 September 2013.
  6. ^ a b http://www.thb.gov.hk/eng/boards/transport/air/Summary%20of%20decision%20(Eng)%2025062015.pdf
  7. ^ a b "China Eastern moves to end involvement with Jetstar Hong Kong". 17 August 2015.
  8. ^ a b "Qantas Group writes off Jetstar Hong Kong, confirms no further investments - CAPA". centreforaviation.com.
  9. ^ "Jetstar Hong Kong". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-30.
  10. ^ Jetstar Hong Kong moves closer to 2013 launch with AOC lodgement Diarkibkan 2014-12-17 di Wayback Machine 19 July 2012
  11. ^ "Stanley Ho's Shun Tak buys into Qantas' Jetstar Hong Kong joint venture". June 6, 2013.
  12. ^ Qantas Welcomes New Investor to Jetstar Hong Kong Qantas 6 June 2013
  13. ^ "Transport and Housing Bureau's response to media report". Hong Kong Information Services Department. June 4, 2013.
  14. ^ "Speech by STH on transport at LegCo Finance Committee special meeting". Hong Kong Information Services Department. 3 April 2014. Dicapai pada 3 April 2014.
  15. ^ Shun Tak ups voting rights in budget airline gambit Diarkibkan 18 Oktober 2014 di Wayback Machine The Standard 03 September 2014
  16. ^ Jetstar Hong Kong takes next step towards take-off with ATLA application gazattal Diarkibkan 2014-12-17 di Wayback Machine 23 August 2013
  17. ^ "Basic Law statute a sticking point in inquiry on Jetstar Hong Kong's licence bid". South China Morning Post. 23 January 2015.
  18. ^ a b "Jetstar HK gets off to rocky start" The Age 23 March 2015
  19. ^ Steve Creedy (26 March 2012). "Qantas to set up Jetstar Hong Kong, first HK low-cost carrier". The Australian. Dicapai pada 26 March 2012.
  20. ^ Ltd. 2018, UBM (UK). "JetStar Hong Kong Routes Application as of August 2013". Routesonline.
  21. ^ "Jetstar Hong Kong sells three aircraft as it awaits approval". The Standard. 22 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2014.
  22. ^ Disclosable Transactions Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine Shun Tak Holdings 20 March 2015