Jihan Muse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jihan Muse
KelahiranNuur Jihan binti Musa
(1983-08-29) 29 Ogos 1983 (umur 36)
Hulu Langat, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, model
Tahun aktif2009 - kini
Ketinggian4 ft 10.4 in (1.48 m)
PasanganUngku Hariz (k. 2016)

Nuur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983)[1] merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah keturunan Jawa, Riau, Minang dan Bugis.

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, beliau masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Selepas tamat kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Beliau berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Jihan sah menjadi isteri kepada pelakon, Ungku Hariz dengan sekali lafaz.[2][3] Pada 2018, Jihan dan suami dikurniakan seorang anak lelaki [4].

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Adik Manja Returns Tam
2014 Mat Tudung Fara
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Susanti
2016 Rock Bro! Ramlah Ram Kemunculan khas
2018 Busker Pengacara Majlis
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Kemunculan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Buta Warna Astro Ria
Pelakon Ekstra
Ram Pom Pom
2011 Hantu Gigi
2012 Patah Seribu Astro Ria
2013 Jihan Tak Nak Balik Raya Jihan
Muaddib Super
2014 Jihan Nak Buat Open House Jihan
2015 Hantu Wefie
Selamat Hari Jadi Abah
2016 Jihan Cari Calon Suami Astro Ria
Jihan Bodek Mak Mertua
Salam Cinta Ustazah Husna
Putu Piring Vs. Putu Mayam TV3
Oh My English! : Road to Jogja (Part 1)
2018 Melodi Raya 2018 TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
Jongkang-Jongkit
Bujang Sepah Silalitamplom
Bujang Sepah Lemang Aidilfitri
Bujang Sepah The Series
Lawak Raya
Lawaking
Gelak Khas
Cintaku Sampai Ke Negeri China
Rendang Tok Wan
Karoot Komedia
Karoot Komedia X
Joras & Stars
2013 Fira Ayuni TV3
2017 Biniku Ninja Sabatini Astro Oasis

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2009 Raja Lawak Musim 3
2011 Maharaja Lawak
2013 Maharaja Lawak Mega 2013
2014 Super Spontan 2014
Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Super Spontan All Star

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Diari Akademi Fantasia 2014 Pengacara Astro Maya HD
2014-15 Gegar Vaganza (musim 1) Pengacara bersama Nabil Ahmad
2015 Aku Yang Masak Kau Yang Panas Pengacara Astro Ria
Resepi Memikat Suami Pengacara
Gegar Vaganza (musim 2) Pengacara bersama Nabil Ahmad
Jejak Jepun Jihan (musim 1) Pengacara
2015-16 Ceria All Star Pengacara Astro Maya HD
2016 Konsert Mega Gegar Vaganza Pengacara bersama Nabil Ahmad Astro Ria
Anugerah MeleTOP Era 2016 Pengacara bersama Nabil Ahmad, Datuk AC Mizal & Neelofa
Konsert Gempar Superstar Bersama artis jemputan dengan Sharnaaz Ahmad
Resepi Memikat Suami 2 Pengacara
Gegar Vaganza (musim 3) Pengacara bersama Nabil Ahmad
2017 Jihan Show Pengacara Astro Warna
Jejak Jepun Jihan (musim 2) Pengacara Astro Ria
Resepi Memikat Suami 3 Pengacara
Gegar Vaganza (musim 4) Pengacara bersama Nabil Ahmad
2018 Jejak Jepun Jihan (musim 3) Pengacara
Resepi Memikat Isteri Pengacara
I Can See Your Voice Malaysia Penyiasat Tetap NTV7
Jihan Show (musim 2) Pengacara Astro Warna
Gegar Vaganza (musim 5) Pengacara Astro Ria
2019 Senang Terhibur Pengacara bersama Shuk TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Raja Lawak musim 3 Tempat Kedua Jihan Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Dicalonkan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Menang
Anugerah Lawak Warna Artis Lawak Wanita Paling Popular Jihan Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era Artis Lawak MeleTOP Jihan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Muse Dicalonkan
Pengacara TV Wanita Popular Jihan Muse Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2015 Pelawak Wanita Paling Popular (solo) Jihan Muse Dicalonkan
Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik Jihan Nak Buat Rumah Terbuka Menang
Pengacara Lawak TV Popular Jihan Muse Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Jihan Muse "(Gegar Vaganza 2015)" Dicalonkan
Artis Lawak MeleTOP Jihan Muse Dicalonkan
Anugerah Pilihan Online 2016 Selebriti Komedi Pilihan Online Jihan Muse Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era ke-4 Couple MeleTOP Bersama Ungku Hariz Dicalonkan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos MeleTOP Gegarvaganza 4 Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Komedi Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]