Jimmy Carter
Jimmy Carter جيمي کرتر | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke–39 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1977 – 20 Januari 1981 | |
Naib Presiden | Walter Mondale |
Didahului oleh | Gerald Ford |
Digantikan oleh | Ronald Reagan |
Gabenor Georgia ke-76 | |
Dalam jawatan 12 Januari 1971 – 14 Januari 1975 | |
Leftenan | Lester Maddox |
Didahului oleh | Lester Maddox |
Digantikan oleh | George Busbee |
Ahli Senat Georgia dari daerah ke-14 | |
Dalam jawatan 14 Januari 1963 – 10 Januari 1967 | |
Didahului oleh | Daerah diasaskan |
Digantikan oleh | Hugh Carter |
Butiran peribadi | |
Lahir | Plains, Georgia | 1 Oktober 1924
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Rosalynn Smith (k. 1946; m. 2023) |
Anak-anak | 4,[1] |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan |
|
Pangkat | Leftenan |
James Earl Carter Jr. (lahir 1 Oktober 1924; Jawi: جيمس ءرل "جيمي" کرتر⹁ جونيئر ) merupakan ahli politik dan aktivis kemanusiaan Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai presiden negara tersebut ke-39 dari tahun 1977 hingga tahun 1981. Sebelumnya, beliau adalah Gabenor Georgia ke-76 dari tahun 1971 hingga tahun 1975 serta ahli Senat negeri itu dari tahun 1963 hingga tahun 1967. Usia 99, Carter kini merupakan presiden tertua dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat.
Kegagalan beliau antara lain: masalah warga Amerika yang terkandas lebih kurang 450 hari di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Teheran, Iran. Namun, beliau berjaya mengakhiri perselisihan antara Mesir dan Israel.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah anak tertua daripada empat anak James Earl Sr. dan Lilian Carter. Dikenali dengan nama "Jimmy" saja, sejak masa remajanya, beliau dibesarkan dalam masyarakat luar bandar yang kecil yang dihuni keluarga Carter selama lima keturunan dan ayahnya memiliki kedai kecil.
Diilhamkan oleh kekaguman ayahnya terhadap tentera, salah satu cita-cita Jimmy Carter yang pertama ialah memasuki Akademi Angkatan Laut A.S di Annapolis.
Setelah belajar setahun di tahap persediaan Universiti Teknik Georgia, beliau mencapai cita-citanya dan memasuki Akademi itu sebagai seorang siswa yang dicalonkan oleh kongres pada 1943.
Pada tahun 1946, Jimmy Carter berkahwin dengan Rosalynn Smith yang juga berasal dari Georgia dan mempunyai empat anak, tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan mereka mencecah 77 tahun dan merupakan yang terlama; sehingga kematian Rosalynn pada November 2023.
Setahun setelah Perang Dunia Kedua berakhir, beliau lulus dari Akademi dan menjalani latihan ketenteraan aktif pada armada kapal selam. Pada 1952, Jimmy Carter bertugas dengan program kapal selam nuklear di bawah pimpinan Laksamana Hyman Rickover. Selama tahun berikutnya, beliau sibuk dalam pengajian lanjutan tentang hal-hal seperti fizik nuklear dan program nuklear. Pada waktu itu, Angkatan Laut telah mencalonkannya sebagai perwira mesin yang akan ditempatkan di dalam kapal selam nuklear Amerika yang kedua.
Namun, pada 1953, terjadilah musibah keluarga dan kematian ayahnya. Jimmy Carter kembali ke Georgia untuk mengurus perusahaan kacang keluarganya.
Pada 1962, beliau tampil kembali di tengah-tengah masyarakat. Ketika itu, adiknya Billy mengambil alih pengurusan perusahaan keluarga. Beliau mendapat kedudukan sebagai Senator negeri untuk badan perundangan Georgia. Setelah menduduki dua kali jawatan di senat negeri, beliau memutuskan untuk turut merebut jawatan Gabenor Georgia, tetapi gagal memperoleh pencalonan daripada partinya.
Selama empat tahun berikutnya, beliau memperluaskan hubungannya di seluruh negeri dan membina persefahaman tentang selok-belok politik negeri. Pada 1970, beliau memenangi pemilihan Gabenor Georgia.
Sebagai Gabenor Georgia, Jimmy Carter memperoleh reputasi sebagai seorang tokoh dari generasi pemimpin yang lebih muda di daerah Selatan yang baru. Dalam pidato perlantikannya sebagai Gabenor, beliau menindas keterikatannya yang teguh dalam keadilan sosial, terutama bagi orang-orang kulit hitam yang miskin di negerinya.
Selama memegang jawatannya sebagai Gabenor, beliau memperluas pandangannya terhadap dunia. Beliau melakukan dua perjalanan penting ke luar negeri, memimpin misi perdagangan negerinya ke Amerika Selatan dan Eropah.
Beliau juga memulakan penglibatannya dalam politik kebangsaan. Pada 1972, beliau berperanan penting dalam Persidangan Gabenor Kebangsaan dan menyampaikan pidato bagi pencalonan Senator Henry Jackson dalam Persidangan Kebangsaan Parti Demokrat pada tahun yang sama.
Pada 1974, setelah masa jawatannya sebagai Gabenor berakhir, Jimmy Carter mengelilingi Amerika Syarikat untuk Parti Demokrat sebagai Ketua Unit Kempen untuk parti.
Beliau membantu parti untuk memperkuat diri dan mengadakan penyusunan semula organisasi, setelah dua kali kalah berturut-turut kepada Parti Republikan dalam merebut jabatan Presiden di Rumah Putih.
Pada 1976, atas dasar hubungan yang diadakan secara menyeluruh, Jimmy Carter membina suatu landasan politik yang kukuh untuk memenangi pencalonan dari Parti Demokrat sebagai Presiden.
Setelah memperoleh mandat daripada partinya, dalam pemilihan presiden berikutnya, beliau mengalahkan Presiden Gerald Ford dengan sedikit sahaja beza undian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Carter Family". jimmycarter.com. Dicapai pada March 27, 2021.
Didahului oleh Lester Maddox |
Gabenor Georgia 1971 – 1975 |
Diikuti oleh: George Busbee |
Didahului oleh George McGovern |
Calon Presiden Parti Demokrat 1976 (menang), 1980 (kalah) |
Diikuti oleh: Walter Mondale |
Didahului oleh Gerald Ford |
Presiden Amerika Syarikat 20 Januari 1977 – 20 Januari 1981 |
Diikuti oleh: Ronald Reagan |
Didahului oleh PBB Kofi Annan |
Pemenang Nobel Keamanan 2002 |
Diikuti oleh: Shirin Ebadi |
Didahului oleh Gerald Ford |
United States Order of Precedence Hingga tahun 2006 |
Diikuti oleh: George H. W. Bush |