Jimmy Rollins
| Jimmy Rollins | |||
|---|---|---|---|
Rollins bersama Philadelphia Phillies | |||
| Shortstop | |||
| Dilahirkan: November 27, 1978 Oakland, California, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 17 September, 2000, untuk Philadelphia Phillies | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 8 Jun, 2016, untuk Chicago White Sox | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .264 | ||
| Pukulan | 2,455 | ||
| Home run | 231 | ||
| RBI | 936 | ||
| Stolen base | 470 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
James Calvin Rollins (lahir 27 November 1978), digelar "J-Roll",[1] ialah bekas pemain besbol profesional Amerika Syarikat yang bermain sebagai shortstop dalam Major League Baseball (MLB) untuk pasukan Philadelphia Phillies (2000–2014), Los Angeles Dodgers (2015), dan Chicago White Sox (2016).
Rollins dibesarkan di Alameda, California, dan bersekolah di Sekolah Tinggi Encinal. Beliau dipilih oleh Phillies pada pusingan kedua Draf MLB 1996. Setelah menghabiskan hampir lima musim bersama pasukan liga kecil Phillies, Rollins membuat penampilan sulungnya di pentas MLB pada 17 September 2000.
Di peringkat liga utama, Rollins dengan pantas mendapat pengiktirafan sebagai seorang shortstop pertahanan yang cemerlang. Pada tahun 2001, beliau menjadi leadoff hitter (pemukul pemula) utama Phillies, yang seterusnya menjadi peranan yang dipegangnya buat hampir sepuluh tahun. Sepanjang kerjayanya, Rollins dipilih untuk tiga perlawanan All-Star MLB. Ketika bersama Phillies, beliau mencatat pukulan berterusan selama 38 perlawanan, yang bermula pada penghujung musim 2005 dan berterusan ke awal musim 2006 — rekod terpanjang dalam sejarah pasukan tersebut.
Rollins dinobatkan sebagai Pemain Terbaik National League (MVP NL) pada tahun 2007, tahun yangs ama di mana Phillies memenangi divisyen mereka buat kali pertama daripada lima musim berturut-turut. Beliau juga merupakan tonggak utama pasukan Phillies yang menjuarai Siri Dunia 2008 dengan menewaskan Tampa Bay Rays.
Di peringkat antarabangsa, Rollins mewakili Amerika Syarikat dalam kejohanan World Baseball Classic 2009, di mana beliau mencatat purata pukulan .417 dan terpilih ke dalam Bintang Pasukan Pilihan World Baseball Classic edisi tersebut.
Sepanjang kerjayanya, Rollins mendahului National League sebanyak empat kali dalam carta triples, serta sekali masing-masing dalam larian, stolen base dan peratusan stolen base.
Setakat tahun 2025, beliau merupakan pemegang rekod sepanjang zaman Phillies dalam kategori at bat (8,628), pukulan (2,306), double (479), dan nombor kuasa-kelajuan (power-speed number, 292.5). Beliau juga berada di tempat kedua dalam perlawanan diturunkan (2,090) dan stolen base (453), serta di tempat ketiga dalam lari dihasilkan (1,325) dan triples (111).
Rollins memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas sebanyak empat kali, serta masing-masing sekali bagi Anugerah Silver Slugger dan Anugerah Roberto Clemente.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Jimmy Rollins Stats". baseball-reference.com. Sports Reference LLC. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2019. Dicapai pada April 7, 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jimmy Rollins |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Jimmy Rollins at Baseball Almanac
- Jimmy Rollins di X