Jin Hutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jin Hutan (filem))
Jin hutan
Poster Filem Jin Hutan
PengarahJeffery Wong
Dihasilkan olehSatheesh
Jeffry Wong
DibintangiJeffry Wong
Zami Ismail
Opie Zami
Syarikat
penerbitan
WFE Logistics Sdn. Bhd.
Diedarkan oleh
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Bahasa Inggeris

Jin Hutan ialah sebuah filem seram arahan Jeffery Wong yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Mac 2009. Filem yang dibintangi oleh Jeffry Wong, Opie Zami dan Zami Ismail ini merupakan filem pertama arahan Jeffry Wong. Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia Ke-22.

Plot[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Sekumpulan wartawan dari China dengan pertolongan wartawan tempatan untuk membuat kaji selidik tentang tumbuh-tumbuhan di hutan tropika untuk majalah mereka. Sepatutnya ia adalah perjalanan yang relek akan tetapi mereka telah diserang oleh sejenis binatang yang ganas tanpa diketahui namanya. Wartawan-wartawan tersebut kehilangan nyawa seorang demi seorang. Untuk menyelamatkan diri, mereka terpaksa menenangkan diri sendiri bagi mengupas kejadian yang telah berlaku dan mencari klu-klu untuk menghapuskan ancaman yang dihadapi.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jeffry Wong sebagai Ah Chong (Pelakon Utama)
  • Zami Ismail sebagai Bomoh Pak Su (Pelakon Utama)
  • Opie Zami sebagai Bapa Aki (Pelakon Utama)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia Ke-22, 2 pencalonan

  • Lagu Tema Asal Terbaik(Pemenang)
  • Pelakon Harapan Wanita -Zalina


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]