Jin Notti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jin Notti
Jin Notti01.jpg
Pengarah Azhari Mohd Zain
Penerbit Norman Abdul Halim
Yursy Abdul Halim
Ebdy Abdul Hasilm
Penulis Azhari Mohd Zain
Dibintangi oleh Farah Fauzana
Mawi
Cat Farish
Pengedar KRU Studios Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Jin Notti ialah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 20 September 2009. Diarahkan oleh Azhari Mohd Zain, filem ini yang dibintangi oleh Farah Fauzana merupakan filem ke-4 KRU Studios. Jin Notti juga menonjolkan sebilangan watak sambilan Cina dan India, dengan pelat-pelat dan ungkapan masing-masing yang menambahkan hiburan. Filem ini ditaja oleh syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia, dan merupakan filem pertama tajaan Telekom.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Standard kesusilaan sesebuah masyarakat berbeza-beza antara satu sama lain. Namun dalam dunia jin, apa yang dianggap sebagai kelakuan yang terburuk di dunia manusia merupakan kelakuan yang terbaik.

Notti ialah jin gadis berusia 117 tahun yang amat sangat "buruk" kelakuannya. Lantaran, dia dihukum dan dikurung di dalam penjara yang digelar "All Alone" oleh Majlis Penghakiman Jin. Bagaimanapun, pemenjaraan tidak berjaya memulihkan Notti menjadi jin yang "baik". Ekoran, Notti dihukum turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang terjahat. Jinbara, peguamnya, diperintah oleh Majlis Penghakiman supaya menemani dan menasihatinya melakukan kenakalan pada sepanjang hukumannya di dunia manusia.

Meskipun demikian, Notti yang dihantar ke dalam badan Ruby gagal membuat jahat walaupun bergaul dengan Zulu, seorang pemudi punk yang nakal dan liar daripada keluarga berpecah-belah. Selepas kegagalan pertama, Notti meminta Majlis Penghakiman Jin membenarkannya memasuki tubuh gangster. Dengan kebenaran diberikan, dia memasuki tubuh Yvonne, seorang perempuan Cina yang merupakan teman wanita kepada ketua kongsi gelap. Walaupun demikian, Notti masih tidak berjaya kerana sifatnya yang murni sentiasa muncul pada saat yang genting, iaitu dia tidak sanggup menembak Ajiz, seorang polis yang menyamar. Bagaimanapun, atas rayuan peguamnya, Notti diberikan peluang ketiga dan terakhir. Dia memasuki badan Sharifah, seorang peguam yang sedang membela seorang perogol. Tanggungjawab seorang peguam bela adalah untuk membela pelanggan yang melakukan jenayah tetapi Notti sebaliknya mendedahkan jenayah pelanggan Sharifah. Oleh itu, dia gagal sekali lagi.

Jalan cerita Jin Notti dirumitkan apabila Notti mula jatuh cinta dengan Aziz, seorang lelaki yang ditemuinya. Dapatkah Notti bersama cinta dan mencari haluan kehidupannya yang tersendiri?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]