Pergi ke kandungan

Jin Ping Mei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jin Ping Mei
Edisi zaman Wanli
Umum
PengarangLanling Xiaoxiao Sheng ("The Scoffing Scholar of Lanling", nama samaran)
Tajuk asal
金瓶梅
NegaraChina (Dinasti Ming)
BahasaBahasa Cina Vernakular Bertulis
GenreFiksyen sejarah, fiksyen erotik
LatarChina, 1111–1127
Tarikh penerbitan
s. 1610
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1972, 2013
Jenis media
Cetakan
Kawalan kewibawaan
895.1346
LCCPL2698.H73 C4713
Teks asal
金瓶梅 di Wikisumber bahasa Cina
Kronologi
Hikayat Pinggir Air
Jin Ping Mei
Bahasa Cina金瓶梅
Maksud harfiah"The Golden Vase Plum"

Jin Ping Mei (Bahasa Cina: 金瓶梅) diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sebagai adalah sebuah novel Cina yang ditulis dalam bahasa vernakular Cina pada separuh kedua abad ke-16 semasa lewat Dinasti Ming (1368–1644). Terdiri daripada 100 bab, ia diterbitkan di bawah nama samaran Lanling Xiaoxiao Sheng (蘭陵笑笑生), "Cendekiawan Sinis dari Lanling,"[1] tetapi petunjuk kepada identiti sebenar penulis ialah berasal dari daerah Lanling di kawasan Shandong masa kini.[2] Novel ini beredar dalam bentuk manuskrip sejak awal tahun 1596, dan mungkin telah disemak sehingga cetakan pertamanya pada tahun 1610. Resensi yang paling banyak dibaca, disunting dan diterbitkan dengan ulasan oleh Zhang Zhupo pada 1695, memadam atau menulis semula bahagian-bahagian tertentu untuk membantu memahami niat penulis.[3]

Gambaran eksplisit tentang seksualiti menyebabkan novel ini mendapat reputasi yang serupa dengan Lady Chatterley's Lover dan Lolita di Barat, tetapi pengkritik seperti penterjemah David Tod Roy melihat struktur moral yang kukuh yang memberi balasan kepada kebebasan seksual watak utama.[4]

Jin Ping Mei mendapat namanya daripada tiga watak wanita utama Pan Jinlian (潘金蓮, yang bermaksud "Golden Lotus"), Li Ping'er (李瓶兒, bermaksud "Vas Kecil"), seorang gundik Ximen Qing dan Pang Chunmei (龐春梅, "Bunga Plum Musim Bunga"), seorang pembantu muda yang meningkat kuasa dalam keluarga.[2] Pengkritik Cina melihat setiap aksara dalam tajuk sebagai melambangkan aspek sifat manusia, seperti mei (梅), bunga plum, yang menjadi metafora untuk seksualiti.

David Tod Roy menganggap novel ini sebagai "satu mercu tanda dalam perkembangan seni naratif bukan sahaja dari perspektif Cina tetapi juga dalam konteks sejarah dunia ... terkenal dengan tekniknya yang mengejutkan moden" dan "kecuali mungkin The Tale of Genji (sekitar 1010) dan Don Quixote (1605, 1615), tiada karya fiksyen prosa lebih awal yang setanding dari segi kecanggihan dalam kesusasteraan dunia."[5] Jin Ping Mei dianggap sebagai salah satu daripada enam klasik novel Cina.

Chapter 4 illustration of Jin Ping Mei

Jin Ping Mei adalah sebuah karya yang dianggap sebagai sambungan dari Water Margin. Bab permulaannya berdasarkan satu episod di mana "Pemburu Harimau" Wu Song membalas dendam atas pembunuhan abang sulungnya dengan menangkap dan menghukum bekas isteri abangnya, Pan Jinlian. Kisah yang berlatarbelakangkan tahun 1111–1127 (semasa zaman Dinasti Song Utara) memfokuskan kepada Ximen Qing (西門慶), seorang pedagang kaya yang berambisi dan mempunyai banyak isteri serta gundik.

Selepas Pan Jinlian secara rahsia membunuh suaminya, Ximen Qing mengambilnya sebagai salah satu isterinya. Kisah ini mengisahkan tentang pergolakan dan persaingan dalam rumah tangga Ximen, di mana para wanita berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan pengaruh, berikutan kemerosotan perlahan-lahan dalam keluarga Ximen. Dalam Water Margin, Ximen Qing dibunuh oleh Wu Song secara terang-terangan dalam Jin Ping Mei, Ximen Qing akhirnya meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan yang diberi oleh Jinlian.

Sepanjang novel, Ximen mempunyai 19 pasangan termasuk enam isteri dan gundiknya, serta seorang pembantu lelaki.[6] Terdapat beberapa bab yang membincangkan aspek hubungan antara watak-watak tersebut.[7] Namun, memandangkan novel ini mempunyai lebih dari satu juta patah perkataan (lebih 3,600 muka surat dalam terjemahan Inggeris penuh), bab yang membincangkan hubungan tersebut hanya merangkumi kurang daripada 3 peratus kandungan keseluruhan.[8]

Penilaian

[sunting | sunting sumber]

Dikenali selama berabad-abad sebagai bahan lucah dan diharamkan secara rasmi pada kebanyakan masa, buku ini telah dibaca secara curi-curi oleh banyak ahli kelas terpelajar. Hanya sejak dari Dinasti Qing bahawa buku ini dinilai semula sebagai karya kesusasteraan. Ceritanya adalah ketat dari segi struktur, penuh dengan puisi Cina klasik, serta mempunyai kematangan yang luar biasa untuk sebuah fiksyen awal. Ia juga mengolahkan persoalan-persoalan sosiologi yang lebih luas, seperti peranan wanita dalam masyarakat Cina kuno serta politik seks, semantara berfungsi sebagai sebuah novel tatatertib dan alegori terhadap kerosakan akhlak. Zhang Zhupo, pengkritik Qing yang terkenal, memerihalkan buku ini "sebagai buku yang paling luar biasa di dunia" (第一奇書), dengan Lu Xun memberikan novel ini kedudukan yang sama tinggi pada abad ke-20.

Cerita ini mengandungi amat banyak huraian tentang mainan seks dan teknik persetubuhan yang pada hari dianggap sebagai fetisyisme, serta juga banyak jenaka lucah dan eufemisme seks yang tidak langsung. Banyak pengkritik mendebatkan bahawa huraian-huraian seksnya yang amat terperinci adalah diperlukan, dengan pengkritik yang lain memerhatikan pengaruh pembebasannya terhadap novel-novel Cina yang lain mengenai keseksualan, khususnya Mimpi Rumah Agam Merah.

Tidak banyak diketahui tentang pengarangnya kecuali sebilangan tekaan bahawa beliau merupakan seorang sami Taoisme yang menulis untuk mendedahkan kerosakan akhlak dan amalan rasuah pada akhir Dinasti Ming. Bagaimanapun, Andre Levy , ahli kaji Cina berkebangsaan Perancis yang terkenal, meneka bahawa novel ini sebenarnya ditulis oleh seorang wanita.

Hubungan dengan Hikayat Pinggir Air

[sunting | sunting sumber]

Bab pertama Jin Ping Mei mendasarkan sebuah episod daripada karya Hikayat Pinggir Air yang menceritakan tentang bagaimana Wu Song, "Si Pembunuh Harimau", menuntut bela terhadap kematian abangnya, Wu Da Lang.

Dalam karya Hikayat Pinggir Air pula, Ximen Qing akhirnya dihukum dengan dibunuh terang-terangan pada waktu siang secara kejam oleh Wu Song. Sebaliknya, Ximen Qing hidup sehingga akhir cerita Jin Ping Mei.

Terjemahan bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]

"The Golden Lotus" ("Teratai Keemasan") yang diterjemahkan oleh Clement Egerton pada tahun 1939 merupakan versi tertapis, walaupun masih lengkap, dengan sesetengah bahagian yang eksplisit diterjemahkan dalam bahasa Latin.

Terjemahan David Tod Roy yang diterbitkan oleh Penerbitan Universiti Princeton telah dianggap sebagai versi bahasa Inggeris yang terbaik. Bagaimanapun, penterjemahan tersebut masih belum disiapkan pada hari ini. Hanya tiga daripada lima jilid telah diterbitkan, iaitu:

  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Satu: The Gathering (1993)
  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Dua: The Rivals (2001)
  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Tiga: The Aphrodisiac (2006)

Magnus, penulis novel grafik, mencipta sebuah novel berilustrasi yang ringkas, berdasarkan novel Jin Ping Mei secara kurang tepat, yang berjudul '101 biji pil'.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Michael Dillon, China: A Cultural and Historical Dictionary, Routledge, 1998, ISBN 0-7007-0439-6, ms. 163–164
  2. ^ a b Lu (1923) hlm. 408
  3. ^ [1]
  4. ^ Charles Horner (October 1994). "The Plum in the Golden Vase, translated by David Tod Roy". Commentary Magazine.
  5. ^ Roy (2006).
  6. ^ Hinsch, Bret (1992). Passions of the Cut Sleeve: The Male Homosexual Tradition in China (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. m/s. 135. ISBN 9780520078697.
  7. ^ Ruan, Matsumura (1991) p. 95
  8. ^ Ruan, F; Matsumura, M (1991). Sex in China: Studies in Sexology in Chinese Culture. New York: Plenum Press. m/s. 101.