Pergi ke kandungan

Jinbara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jinbara
Nama lahirTropika
Berasal dariKampung Kemensah, Selangor Malaysia
GenreRock
Tahun aktif1999-kini
AhliCepot
Akin
Ahtan
Lan
Cidin
Bekas ahliYabang (1999-2005)
Harry (2000-2005)
Tia (2006-2016)
Am (1999-2000)
Lin (1999-2000)
Anjang (1999-2000)
Along (2022-2023)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jinbara (dahulunya dikenali sebagai Tropika) merupakan kugiran rock yang berasal dari Kampung Kemensah, Selangor, Malaysia. Kumpulan ini mempunyai anggota seramai 5 orang yang kesemuanya adalah lelaki.

Jinbara membuat kemunculan pertama mereka menerusi album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 2000 dengan judul Pui-Aiya-Hoi. Dua tahun berikutnya, iaitu pada tahun 2002, mereka keluar lagi dengan album kedua, Shing Kuang dan diikuti oleh album Suatu Evolusi pada tahun 2005. Suatu Evolusi adalah kali terakhir penyanyi asal mereka, Yabang berada di dalam kugiran ini sebelum digantikan oleh Tia.

Album Patah Pusing (2007) oleh Jinbara edaran Warner Music mengukuhkan lagi nama Jinbara di ingatan khalayak kerana single pertama mereka, Farhana "(Puteri Bumi Kenyalang)" yang pada ketika itu kerap diputarkan di radio.

Album Patah Pusing memuatkan lagu "Resah", "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)", "Patah Pusing", "Nilai Cinta", "Jerangkung Bernyawa" dan banyak lagi. Ia diterbitkan oleh Andi Rahman dengan Jinbara sendiri selaku penolong penerbit, album ini menjadikan persembahan pada setiap karya begitu bersahaja dan menambat jiwa. Bermula dengan lagu Farhana yang berada di trek pertama ke lagu Resah karya penuh Andy Rahman yang begitu emosi, Patah Pusing sedikit garang dalam gaya Jinbara. Sementara Cinta Semalam punya kekuatan tersendiri. Melodi dan susunan muzik karya penuh Yob ini segar, terutama pada permulaan lagu. Dan apabila masuk ke korus, vokal Tia begitu menangkap perhatian.

2018 - muncul single terbaru bersama vocalist baru - Cidin "Wayang"

Anggota Kumpulan[1]

[sunting | sunting sumber]
Nama Penuh Nama Pentas Alat Muzik Tahun Aktif
Awang Sulong Haji Oyong Yabang Vokalis 1999-2005
Syamsul Bakhtiar Zakaria Tia 2006-2017
Syah Nizam Ahmad Shamsi Along 2022-2023
Muhammad Ar-Rashidin Tuah Din @ Cidin 2018-kini
Mohammad Jeffrry bin Johari Cepot Gitar Utama 1999-kini
Ramli bin Samad Am Gitar Ritem 1999-2000
Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan Harry 2000-2005
Mohd Mazlan bin Setapa Lan 2006-kini
Mohammad Adzlin bin Ramli Lin Bass 1999-2000
Mohd Nizam bin Mohd Nor Akin 2000-kini
Abdul Halim Hassan Anjang Dram 1999-2000
Shahrin Sabudin Ahtan 2000-kini

Nota: Ahli yang diwarnakan merupakan ahli terkini

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  • Rock Bersama Jinbara (2012)
  • Jinbara Terbaik (2012)
Tahun Tajuk Lagu Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Catatan
2018 "Wayang" Palot Cepot & Lan
2023 "Kurniaku Terindah Keon M. Nasir
2025 "Nur Suci Abang Gad CA
  • Patah Pusing Mini Showcase di Ruums Bar & Club, Life Centre, Kuala Lumpur (17 Ogos 2007)
  • Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang (20 & 21 Dis. 2007)

Anugerah & pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2000 Separuh Akhir Muzik Muzik 15 Pop Rock T.O.T.O Tercalon
2004 Anugerah Era 2004 Band (Kugiran) Pilihan Jinbara Tercalon
Lagu Rock Pilihan Sudah Sudahlah Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-11 Album Hard Rock Terbaik Shing Kuang Tercalon
2005 Separuh Akhir Muzik Muzik 20 Pop Rock Kasihnya Laila Tercalon
2006 Anugerah Industri Muzik ke-13 Album Hard Rock Terbaik Suatu Evolusi Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 Artis Berkumpulan/Duo Popular Jinbara Tercalon
2008 Anugerah Era 2007 Anugerah Nada Dering Hotlink Pilihan Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) Menang
Lagu Rock Pilihan Tercalon
Separuh Akhir Muzik Muzik 22 Pop Rock Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-22 Finalis
Anugerah Planet Muzik 2008 Kumpulan Paling Popular Jinbara Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-15 Album Rock Terbaik Patah Pusing Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 Artis Berkumpulan/Duo Popular Jinbara Tercalon
2009 Separuh Akhir Muzik Muzik 24 Tahu Tak Tahu Joget Tercalon
  1. "Jinbara tidak tergugat dengan bakat baru!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-07. Dicapai pada 2016-01-29.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]