Jocelyn Yow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jocelyn Yow
Datuk Bandar Eastvale, California
Memegang jawatan
10 Disember 2020
Butiran peribadi
Lahir1995 (umur 28–29)
California, Amerika Syarikat
Anak-anak1
KediamanAlor Setar, Kedah, Malaysia
Alma mater
PekerjaanAhli politik

Jocelyn Yow ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat kelahiran Malaysia. Beliau merupakan Datuk Bandar Eastvale, California, telah memegang jawatan sejak 10 Disember 2020.[1][2][3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Yow dilahirkan kepada bapanya berwarganegara Malaysia yang berhijrah ke A.S. pada 1980-an untuk sambung belajar dan ibunya seorang pelarian warga Vietnam.[4] Tidak lama selepas beliau dilahirkan, Yow kembali ke Malaysia di mana datuk sebelah bapanya menghidap kanser.[5]

Beliau menghabiskan 10 tahun di Malaysia, membolehkan Yow mempelajari lebih mengenai asal-usul keluarganya, sejarah dan budaya Malaysia.[6] Yow mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, seterusnya menyambung pengajian tinggi di Kolej Norco dan Universiti California, Berkeley dan kini sedang mengikuti ijazah Sarjana di Harvard Extension.

Pada tahun 2018, Yow berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale, California, seterusnya pada 2019, menyandang jawatan sebagai datuk bandar sementara.[5] Beliau juga ialah kakitangan Speaker Dewan Nancy Pelosi dan ahli kongres Gil Cisneros dan juga pakar imigran di Dewan Perwakilan A.S.. Beliau juga telah menerima Rising Star Award dari Parti Demokratik California, Asian Pacific Islander Caucus atas sumbangannya kepada khidmat masyarakat.

Yow telah dilantik sebagai Datuk Bandar di Eastvale, California pada 11 Disember 2020.[7][8] Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai datuk bandar termuda dan wanita bukan berkulit putih dari keturunan Asia yang dilantik memegang jawatan itu. Beliau berkata mengenai pelantikannya: "Saya bangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale. Tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut membakar semangat saya untuk berkhidmat pada masyarakat".[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New California town mayor expresses pride in Malaysian-Vietnamese roots" [Datuk bandar baru California meluahkan rasa bangga dengan susur galur Malaysia-Vietnam] (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 11 Disember 2020. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  2. ^ "US mayor from Alor Setar misses Malaysian food, culture" [Datuk bandar AS dari Alor Setar rindukan makanan, budaya Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 16 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-23. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  3. ^ Jerry Choong (16 Disember 2020). "Youngest mayor in California surprised at reception of her appointment in Malaysia" [Datuk bandar termuda di California membuat kejutan di majlis resepsi atas pelantikannya di Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  4. ^ Ammar Haziq (15 Disember 2020). "At just 25-years-old, Jocelyn Yow from Kedah became the youngest mayor in a U.S. city" [Pada usia hanya 25 tahun, Jocelyn Yow dari Kedah menjadi datuk bandar termuda di bandar A.S.] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  5. ^ a b c "Jocelyn Yow anak warga Malaysia kini datuk bandar di California". Harian Metro. 13 Disember 2020. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  6. ^ R. Loheswar (12 Disember 2020). "Mayor of a city in California has Malaysian heritage, makes history as a youngest female of colour to hold office" [Datuk bandar California memiliki warisan Malaysia, mencipta sejarah sebagai wanita termuda memegang jawatan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  7. ^ Faezah Muda (12 Disember 2020). "Wanita Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar termuda dalam sejarah California". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  8. ^ Tasneem Nazari (13 Disember 2020). "Jocelyn Yow is the Malaysian-Vietnamese-American woman has been elected as a US mayor" [Jocelyn Yow ialah wanita Malaysia-Vietnam-Amerika yang telah dilantik sebagai datuk bandar AS] (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 20 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]