Pergi ke kandungan

Jodoh Itu Milik Kita (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jodoh Itu Milik Kita adalah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Jamal Khan, dibintangi Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda. Siri drama ini mula disiarkan di Astro Mustika HD bermula 19 Ogos 2013 bagi menggantikan drama Dahlia. [1]

Jodoh Itu Milik Kita
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha
PenciptaSara Aisha
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Tiz Zaqyah
Farid Kamil
Syazwan Zulkifli
Nabila Huda
Lagu pembukaan"Takkan Terpisah" oleh Black
Lagu penutup"Takkan Terpisah" oleh Black
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran25-30 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Picture Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Siaran asal19 Ogos 2013 – 18 November 2013
Kronologi
MengikutiDahlia
Diikuti olehBukan Kerana Aku Tak Cinta

Mengisahkan perkenalan Dahlia Darius dan Puan Marina membawa kepada ikatan pertunangan dengan anak Puan Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia setuju atas rasa hormat apatah lagi bila mengetahui Puan Marina menghidap kanser perut. Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga.Dalam kekusutan, Aariz Danial yang baru balik dari Australia terpaksa menggantikan adiknya. Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun telah berkahwin. Tanpa disedari cinta telah berputik. Syafiq pula ke New Zealand mencari cinta hatinya Alya. Bagaimana pun, Syafiq pulang ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila melihat kemesraan Dahlia dan Aariz, Shafiq cuba memusnahkan kebahagiaan abangnya. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Jodoh Itu Milik Kita mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.