Joe Flizzow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Joe Flizzow
Joe Flizzow menyanyi sambil berdiri di atas pentas
Joe Flizzow ketika persembahan di Live and Loud KL pada tahun 2007.
Latar belakang
Nama lahir Johan Ishak[1]
Kelahiran (1979-10-16) 16 Oktober 1979 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia[2]
Genre Hip-hop, Rap
Pekerjaan Penerbit rakaman, Penyanyi, Penulis lagu, Usahawan
Tahun aktif 1998 - sekarang
Syarikat rakaman
Kartel Records
Kegiatan berkaitan
SonaOne, Too Phat, Altimet
Laman sesawang
www.kartellohello.my

Johan bin Ishak (dilahirkan pada 16 Oktober 1979) atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan dari Malaysia.[1] Joe Flizzow merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo. Sebagai artis solo, Joe Flizzow telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Beliau merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

President (2008)[sunting | sunting sumber]

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.[2] Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan koloborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.[2]

Havoc (2013)[sunting | sunting sumber]

Pada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan.[3] Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman. Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia.[4] Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.[5] Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.[6]

Usahawan[sunting | sunting sumber]

Joe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records.[7] Antara artis-artis yang bernaung di bawah Kartel Records adalah seperti Altimet, Micbandits, Muzique, SonaOne, Richard Jansen, Ila Damiaa, DJ Cza and Sakti. Selain muzik, Joe turut menceburi bidang bisnes dengan perusahaan seperti Joe’s Barbershop dan Joe’s Kitchen yang terletak di Subang Jaya.[8]

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada 16 April 2018, Joe Flizzow bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[9][10][11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "What I've Learned: Joe Flizzow". Esquire Malaysia. Dicapai November 9, 2015. 
  2. ^ a b c "Joe Flizzow". budiey.com. Dicapai November 9, 2015. 
  3. ^ "Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc". budiey.com. Dicapai November 9, 2015. 
  4. ^ "'Havoc' Joe Flizzow No.1 di iTunes Malaysia". Malaysian Digest. Dicapai November 9, 2015. 
  5. ^ "Joe Flizzow Dapat Banyak Tawaran Selepas Menang AJL 29". mstar.com.my. Dicapai November 9, 2015. 
  6. ^ "SonaOne Kelu 'No More' Cipta Sejarah AIM 21". mstar.com.my. Dicapai November 9, 2015. 
  7. ^ "Kartel Records Sdn Bhd". Linked In. Dicapai November 9, 2015. 
  8. ^ "8 Things That Make Joe Flizzow... The President". redbull.com. Dicapai November 9, 2015. 
  9. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai 15 Mei 2018. 
  10. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks. 
  11. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai 15 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]