Joe Jonas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Joe Jonas
Joe Jonas 2012 (Straighten Crop).jpg
Jonas pada 2012
KelahiranJoseph Adam Jonas
(1989-08-15) 15 Ogos 1989 (umur 30)
Casa Grande, Arizona, A.S.
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • penerbit rakaman
Tahun aktif2004–kini
Kampung asalWyckoff, New Jersey, A.S.
PasanganSophie Turner (k. 2019)
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
  • piano
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Joseph Adam "Joe" Jonas (lahir 15 Ogos 1989)[1] merupakan seorang penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat. Jonas pertama kali mencapai kemasyhuran bersama kumpulan Jonas Brothers, dua saudara lelakinya Kevin and Nick. Album sulung kumpulan ini, It's About Time (2006), merupakan kegagalan komersial berikutan keluaran terhad. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Hollywood Records, dan pada 2007 melancarkan album studio eponim kedua. Album ini menjadi kejayaan komersial bagi kumpulan itu, menjual lebih dua juta salinan di Amerika Syarikat sahaja. Kumpulan itu menjadi banyak terlibat dengan Disney Channel dan membuat penampilan filem pertama mereka menerusi Disney Channel Original Movie Camp Rock (2008). Filem itu bersama runut bunyinya menjadi hit utama bagi rangkaian dan membantu melonjakkan tiga bersaudara itu ke kejayaan komersial lanjut. Album ketiga mereka, A Little Bit Longer (2008), menjadi yang pertama untuk menduduki Billboard 200 dan kemudian menjadi jualan album tertinggi setakat ini. Single utama album itu menjadi lima hasil teratas di Amerika Syarikat. Album keempat mereka, Lines, Vines and Trying Times (2009) menjadi kedua mereka ke atas carta di Amerika Syarikat. Jonas bersaudara juga membintangi dua siri Disney Channel mereka dari 2009 hingga 2010, iaitu JONAS L.A. dan Jonas Brothers: Living the Dream. Pada 2010, kumpulan ini membintangi filem Camp Rock 2: The Final Jam, membawakan kembali peranan mereka dari filem asalnya.

Joe melancarkan album studio solo pertamanya, Fastlife, pada 2011, dengan single "See No More" dan "Just in Love". Pada tahun berikutnya, ia telah disahkan bahawa Jonas Brothers akan bersatu semula dan album studio kelima bertajuk V. Tetapi, pada tahun 2013, Jonas menamatkan band ini dan album yang telah dibatalkan. Berikutan pengundurannya dari band ini, Jonas mula bekerja sebagai penulis lagu untuk pelbagai artis. Beliau mula bekerja pada projek muzik baru untuk dirinya sendiri, walaupun tidak pasti sama ada ia akan menjadi album studio keduanya atau projek baru untuk kumpulan. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah band baru, DNCE, yang membuat kemunculan pertama dengan single "Cake by the Ocean" (2015).

Beliau berkahwin dengan pelakon England, Sophie Turner pada 1 Mei 2019.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Fastlife (2011)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Hannah Montana & Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert Dirinya sendiri Filem konsert
2009 Jonas Brothers: The 3D Concert Experience Dirinya sendiri Filem konsert
Night at the Museum: Battle of the Smithsonian Cherub Suara
2016 Zoolander 2 Dirinya sendiri[3]
The Highway Is for Gamblers Taylor[4] Pasca-penerbitan
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Hannah Montana Dirinya sendiri Episod: "Me and Mr. Jonas and Mr. Jonas and Mr. Jonas"
2008 Camp Rock Shane Gray Filem televsiyen
2008–10 Jonas Brothers: Living the Dream Dirinya sendiri Peranan utama
2008 Jonas Brothers: Live in London Dokumentari televisyen
Jonas Brothers: Band in a Bus Dokumentari televisyen
Jonas Brothers: Live & Mobile Dokumentari televisyen
2009 Atrévete a soñar Episod: "Promesa de amor"
2009–10 JONAS L.A. Joe Lucas Peranan utama
2010 Camp Rock 2: The Final Jam Shane Gray Filem televisyen
2010–12 Hot in Cleveland Will 2 episod
2010 American Idol Juri jemputan 2 episod
Sonny With A Chance Dirinya sendiri Episod: "A So Random Holiday Special"
2012–13 Married to Jonas Peranan semula
2012 The Next: Fame Is at Your Doorstep Juri / Mentor Musim 1
2015 I Can Do That Pserta Musim 1
2016 Grease Live Johnny Casino Televisyen istimewa
Comedy Bang! Bang! Dirinya sendiri Episod: "Joe Jonas Wears a Maroon and Gold Letterman Jacket With White Sneakers"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalon Keputusan
2008 Los Premios MTV Latinoamérica Fashionista Award - Male Dirinya sendiri Menang
2009 Kids Choice Awards Favorite TV Actor
2010 J-14's Teen Icon Awards Icon Tweeter Tercalon
2011 Kids Choice Awards Favorite TV Actor

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joe Jonas Biography". AllMusic.com. Dicapai 2013-12-02. 
  2. ^ Kile, Meredith (May 1, 2019). "Joe Jonas and Sophie Turner Get Married in Surprise Vegas Ceremony". Entertainment Tonight (dalam bahasa Inggeris). Dicapai May 2, 2019. 
  3. ^ "Watch The Trailer For Zoolander 2, Featuring Miley Cyrus, Demi Lovato, Justin Bieber, & Joe Jonas". Beautiful Ballad. Dicapai 2011-04-04. 
  4. ^ "Nikki Reed & Bonnie Wright Set For 'The Highway Is For Gamblers'". Deadline. Dicapai 2011-04-04. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]