Joe Siva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joe Siva
Nama asalசிவமோகன் சின்னத்தம்பிய
Nama lahirSivamohan a/l Sinnathamby
Kelahiran(1954-06-19)19 Jun 1954
Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia26 April 2016(2016-04-26) (umur 61)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenreIndie, rock, hip hop
PekerjaanDJ, penerbit rakaman
Tahun aktif1976–2016
Syarikat rakaman
Valentine Sound Production (VSP)
Pengkarya berkait
Krash Kozz

Sivamohan Sinnathamby (Tamil: சிவமோகன் சின்னத்தம்பிய) atau lebih dikenali sebagai Joe Siva (19 Jun 1954 – 26 April 2016) merupakan seorang DJ dan penerbit rakaman Malaysia. Diberi pujian sebagai perintis industri muzik bebas Malaysia, beliau terkenal sebagai salah seorang ahli perintis kumpulan hip hop Krash Kozz dan juga sebagai pengasas Valentine Sound Production (VSP).[1][2]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Joe Siva memulakan kerjaya muziknya pada 1976, bermula sebagai DJ, bermain muzik disko di sekitar Kuala Lumpur sebelum beralih ke kerjaya rakaman pada 1980-an.[2] Pada tahun 1989, Siva menyertai kumpulan hip hop Krash Kozz, antara lain turut dianggotai oleh Jake Abdullah, Najee Abdullah, Fawzi Kamaruddin dan Albert Chong.[3]

Joe menubuhkan syarikat rakaman Valentine Sound Productions (VSP),[1] yang bertanggungjawab terhadap album hip-hop/house pada awal 1990-an, dengan menerbitkan pita adunan Pump It! (1990) dan Rap It! (1991).[2] Beliau turut membantu banyak kumpulan rock bebas dengan menandatangani pemuzik terkenal seperti Carburetor Dung, Cromok, Sil Khannaz, Suffercation, dan Slumscums.[4]

Pada tahun 1991, Joe menerbitkan album kompilasi Save The World, menampilkan 16 deejay tempatan, bagi membantu Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).[2] Beliau juga bertanggungjawab terhadap penyertaan Malaysia ke Kejuaraan DJ Dunia DMC pada tahun 1994, ketika membawa pertandingan DJ global ke pentas tempatan dan memupuk DJ tempatan - sebagai pengarah DMC Malaysia.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Joe Siva meninggal dunia pada 26 April 2016 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru pada usia 63 tahun.[2] Joe sebelum ini dimasukkan semula ke HKL pada 6 April selepas kehilangan selera makan dan menghidapi sakit tulang belakang. Biopsi mengesahkan Joe menderita barah paru-paru tahap empat. Beliau meninggalkan balu, Wong Siew Kim dan seorang anak, Sheena Francine Devi.[5] Upacara penghormatan terakhir diadakan di Fairy Park Funeral Parlor di Klang, Selangor pada 27 April, sementara upacara persemadian dan pembakaran mayat diadakan pada jam 10 pagi pada hari berikutnya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "This (Incomplete) History of Malaysian Hip Hop" [Sejarah (Tidak Lengkap) Hip Hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Documentist Ride. 9 April 2010. Dicapai pada 24 Januari 2018. The man behind the whole thing was Joe Siva, who was also the main person behind Valentine Sound Production (VSP), one of the early hotbeds for local fringe acts and releases.
  2. ^ a b c d e f Daryl Goh (27 April 2016). "Malaysian music producer and deejay Joe Siva dies" [Penerbit muzik dan deejay Malaysia, Joe Siva meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  3. ^ Michael Scott Barron (30 April 2016). "Joe Siva, a DJ who helped popularize hip hop and turntablism in Malaysia, has died" [Joe Siva, DJ yang membantu mempopularkan hip hop dan turntablisme di Malaysia, telah meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). Vice. Dicapai pada 29 Januari 2017.
  4. ^ "Malaysian music industry insider and pioneering hip hop DJ Joe Siva dies aged 62" [Orang dalam industri muzik Malaysia dan pelopor DJ hip hop Joe Siva meninggal dunia pada usia 62 tahun] (dalam bahasa Inggeris). Coconuts KL. 27 April 2016. Dicapai pada 29 Januari 2017.
  5. ^ a b Joe Lee dan Che Az' (28 April 2016). "Innovative music man Joe Siva dies" [Orang kuat muzik berinovatif Joe Siva meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 29 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]