Pergi ke kandungan

Joey BPR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joey BPR
Nama lahirJohari bin Mat Rozekhi
Juga dikenali
sebagai
Joey BPR Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran (1963-05-16) 16 Mei 1963 (umur 62)
Johor Bahru, Johor Johor
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
PekerjaanPenyanyi, Komposer, Penulis Lirik
Alat muzikVokalis
Tahun aktif1977 Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiBumi Putra Rockers Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanBPR
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR (lahir 16 Mei 1963) merupakan vokalis kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu Bumiputra Rockers atau singkatannya, BPR. Mulai aktif dalam bidang muzik seawal tahun 1980, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini pernah menghasilkan album bersama kumpulan Split Times pada tahun 1982 sebelum bergabung dengan 4 orang rakannya iaitu Awang (lead), Enal (dram), Yem Bai (bass) dan Yem C (2nd lead) untuk menubuhkan BPR pada tahun 1985.

Bersama BPR, Joey banyak mengecapi populariti dalam dunia rock tanah air dengan empat album pertama BPR iaitu Selamat Pagi Malaysia (1986), Bisa (1987), Kelab Jiwa Luka (1990) dan Era 90'an (1991) sebelum meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1992 disebabkan masalah pada peti suaranya.

Pada tahun 2002, beliau telah kembali ke dalam kumpulan BPR dan mengeluarkan album Semangat Melayu (2002) setelah berehat selama hampir 10 tahun. Sehingga kini, beliau masih aktif sebagai seorang vokalis kumpulan tersebut.