Joget Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Joget Malaysia ialah lagu nyanyian P.Ramlee dan Saloma. Lagu ini menceritakan P. Ramlee bertanya pada Saloma, apakah nama negara kita dan apa nama ibu negara kita.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama dipohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bestari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali di kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak ibu negeri

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri