Johan As'ari
Johan As'ari | |
|---|---|
جوهن أساري | |
| Kelahiran | Johan Ariff bin As'ari 3 Disember 1986 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 1.8 m (5 ka 11 in) |
| Ibu | Datin Firdaus Kader |
| Bapa | Datuk As'ari Ibrahim |
| Keluarga |
|
Johan Ariff bin Datuk As'ari (lahir 3 Disember 1986) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datin Firdaus Kader dan Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1986 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak kedua daripada empat beradik kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007 hingga 2009 iaitu Farah Alya As'ari. Menurut Johan, beliau mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun. Di situ, beliau melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran. Namun begitu beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya lalu kemudiannya bergelar mahasiswa dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, beliau sanggup menangguhkan pengajian peringkat diplomanya itu kerana beliau lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Untuk itu Johan nekad untuk bermula dari bawah dalam industri perfileman.
Beliau berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir disamping kerap menyertai ujibakat pencarian bakat baru seperti Mentor, Akademi Fantasia dan juga Pilih Kasih. Bakatnya tidak disedari sehinggalah disunting oleh Filmscape milik pengarah terkenal Kabir Bhatia untuk memegang watak kecil dalam drama bersiri seram Penunggu Gunung Raya sekaligus menjadi drama pertama lakonan Johan. Menerusi Filmscape juga, pengarah Faisal Ishak[1] menyunting beliau untuk membintangi drama bersiri Juvana di TV3 memegang peranan sebagai Botak, pelajar nakal di sekolah Wira Bakti untuk pesalah juvana.
Sebelum siri TV tersebut ditayangkan Johan pernah hampir terpilih untuk membintangi filem Gerimis Mengundang arahan pengarah prolifik Ahmad Idham, namun hasratnya itu tidak kesampaian biarpun telah dipertemukan dengan heroin filem tersebut, iaitu pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen.
Ternyata rezeki Johan ada pada Juvana. Ekoran publisiti terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang mencecah rating tinggi setiap minggu tayangannya itu, nama Johan disebut-sebut dikalangan peminat dan pemerhati industri. Populariti yang diraih menerusi drama tersebut membolehkan Johan menyertai barisan pelakon-pelakon lelaki muda yang dikatakan bakal bergelar pelapis.
Dalam masa yang singkat, Johan berpeluang berkongsi karya dengan pelakon-pelakon tersohor seperti Eman Manan dalam telefilem Janjiku Pada Alwalid serta bergandingan bersama aktres Fasha Sandha dalam drama bersiri Cinta Elysa.
Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Johan menjayakan peranan utama sebagai Yasin dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[2][3]
Johan bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Sam.[4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2013, beliau pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Lana Nordin.[5]
Ibu beliau, Allahyarhamah Datin Firdaus Kader meninggal dunia pada Mei 2015 akibat angin ahmar.[6] Adik beliau, Hazwan berkahwin dengan pelakon, Adibah Yunus.[7]
Johan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Wan Sharmila ketika sama-sama menjayakan Jejak Karmila.[8]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Menang |
| Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous | Pasangan Terbaik di Layar (bersama Fasha Sandha) | Cinta Elysa | Menang | |
| 2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon |
| 2016 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 | Aktor Pilihan | Waris Kasih | Tercalon |
| Pasangan Pilihan (bersama Farisha Irwayu) | Tercalon | |||
| Anugerah Skrin 2016 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Anak Ibu Buangan Ibu | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Siri Terakhir Juvana Berjaya Catat Rating Tertinggi Diarkibkan 2011-09-22 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 1 Ogos 2011.
- ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ Meen Tahrin (10 April 2018). Johan As'ari kesal masih dikaitkan dengan Lana Nodin Sinar Harian. Dicapai pada 10 April 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (30 Mei 2015). "Ibu Johan As'ari meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2015.
- ^ Ifqdar Rahman (26 November 2017). Hazwan As’ari, Adiba Yunus bernikah dalam diam Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
- ^ Hanisah Selamat (13 November 2016). "Johan akui terjebak 'cinta lokasi' dengan Wan Sharmila". Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2016.