Johan As'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Johan As'ari
Kelahiran Johan Ariff bin As'ari
(1986-12-03) 3 Disember 1986 (umur 31)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2010–kini
Terkenal kerana Juvana

Johan Ariff bin As'ari atau lebih dikenali sebagai Johan As'ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menempa nama di layar kaca televisyen Malaysia sejak tahun 2011 menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Johan dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007-2009 iaitu Farah Alya. Menurut Johan, dia mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun. Di situ, dia melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran. Namun begitu beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya lalu kemudiannya bergelar mahasiswa dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, anak kedua daripada empat beradik ini sanggup menangguhkan pengajiannya peringkat diplomanya itu ekoran dia lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Untuk itu Johan nekad untuk bermula dari bawah dalam industri perfileman.

Beliau berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir disamping kerap menyertai ujibakat pencarian bakat baru seperti Mentor, Akademi Fantasia dan juga Pilih Kasih. Bakatnya tidak disedari sehinggalah disunting oleh Filmscape milik pengarah terkenal Kabir Bhatia untuk memegang watak kecil dalam drama bersiri seram Penunggu Gunung Raya sekaligus menjadi drama pertama lakonan Johan. Menerusi Filmscape juga, pengarah Faisal Ishak [1] menyunting beliau untuk membintangi drama bersiri Juvana di TV3 memegang peranan sebagai Botak, pelajar nakal di sekolah Wira Bakti untuk pesalah juvana.

Sebelum siri TV tersebut ditayangkan Johan pernah hampir terpilih untuk membintangi filem Gerimis Mengundang arahan pengarah prolifik Ahmad Idham, namun hasratnya itu tidak kesampaian biarpun telah dipertemukan dengan heroin filem tersebut aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen.

Ternyata rezeki Johan ada pada Juvana. Ekoran publisiti terhadap lakonannya dalam drama bersiri yang mencecah rating tinggi setiap minggu tayangannya itu, nama Johan disebut-sebut dikalangan peminat dan pemerhati industri. Populariti yang diraih menerusi drama tersebut membolehkan Johan menyertai barisan pelakon-pelakon lelaki muda yang dikatakan bakal bergelar pelapis.

Dalam masa yang singkat, Johan berpeluang berkongsi karya dengan pelakon-pelakon tersohor seperti Eman Manan dalam drama Janjiku Pada Alwalid serta bergandingan bersama aktres Fasha Sandha dalam siri TV terbaharu Cinta Elysa.

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Johan menjayakan peranan utama sebagai Yasin dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[2][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2013 Juvana Botak Faisal Ishak
Balada Pencinta Amir Khir Rahman
Paku [4] Fahmi P. Rameesh
Tokan Rano Ghaz Abu Bakar
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Botak Faisal Ishak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Botak Faisal Ishak
Bo-Peng Helmi Yusof
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Lans Korperal Wan Shapuddin Abu Kassim Bade Hj. Azmi
TBA Mat Kilau Films that have not yet been released Yasin Syamsul Yusof

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2010 Penunggu Gunung Raya TV3
2011 Juvana Botak TV3
2011 Kias Ramadhan TV3/TV9
2011 Cinta Elysa Aril TV3
2012 Bunga-Bunga Syurga Aiman TV3
2013 Udin Glamor Balik Kampung TV2
2013 Karlos TV3
2013 Surat Dari Langit Biru TV2
2014 Cinta Ilahi Hud TV3
2015 Waris Kasih Zamani
2016 Cinta Teruna Kimchi[5] Amin
2016 Mr Tanda Soal Amran
2016 Terbaik Kias Ramadan Megat
2017 Jejak Karmila Karim Slot : Zehra
Jurnal Suraya Alif Slot : Zehra
2018 Tok Adi Ashraf Astro Maya HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Janjiku Pada Alwalid TV3
2011 Kesuma Jiwa TV1
2011 Tasbih Putih Astro Prima
2011 Ajaibnya Cinta TV3
2012 Tersalah Cinta TV3
2013 Karlos Bolos TV3
2013 Satu Hari Di Hari Raya TV3
2016 Anak Ibu Buangan Ibu [6] TV3
2016 Aisha & Projek Dapur Ramadan TV9
2017 Sinar Cinta TV9
2017 Imam Samar - Samar Azmi TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Dirinya sendiri Astro Ria berpasangan bersama Kaka Azraff

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]