Pergi ke kandungan

Johan Raja Lawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johan Raja Lawak
يوهان ملك النكات
Johan pada 2015.
Kelahiran
Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz

(1984-06-13) 13 Jun 1984 (umur 42)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyampai radio, usahawan
Tahun aktif2007–kini
Majikan
Karya
Filemografi
PasanganOzlynn Waty (k. 2009)[1]
Anak-anak6
IbuNurhayati Lim Abdullah
BapaMohamad Aziz
SaudaraSalih Yaacob (bapa saudara)

Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak (lahir 13 Jun 1984)[a] ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio lelaki Malaysia.

Kehidupan awal dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Hot FM dan mengendalikan segmen pagi bersama AG, Fara Fauzana dan KJ. Mereka bertiga dikenali sebagai Bekpes Hot pada setiap Isnin hingga Jumaat (6-10 pagi).[2] Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob[3] dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty sebelum bergelar selebriti lagi.

Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
13 September 2011 – 30 Jun 2022 JoHaRa Pagi Era Era
1 Ogos 2022 – kini Bekpes Hot Hot FM
Tahun Tajuk Keputusan
2007 Raja Lawak (musim 1) Ke-3
2011 Maharaja Lawak Naib Juara
2012 Super Spontan 2012 Naib Juara
Maharaja Lawak Mega 2012 Juara
2013 Super Spontan 2013 Naib Juara
2014 Super Spontan 2014 Juara
2015 Super Spontan All Stars Naib Juara
2016 Super Spontan Superstar Juara

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Artis Komedi Lelaki Popular Johan Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Artis Komedi Lelaki Popular Menang
2012 Anugerah Blokbuster Raya Tak Jadi Tercalon
Anugerah Shout! 2012 Hantu Kak Limah Balik Rumah Gandingan di Layar Serasi bersama Awie & Usop Wilcha Tercalon
Raja Lawak 6 Gandingan di Layar Serasi bersama Zizan Razak Tercalon
Personaliti TV Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Artis Komedi Lelaki Popular Johan Tercalon
Penyampai Radio Lelaki Popular Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Penyampai Radio MeleTOP Johan "(Era FM)" Menang
Program Radio MeleTOP JoHaRa Pagi Era "(Era FM)" Menang
Artis Lawak MeleTOP Johan Menang
Artis Top-Top MeleTOP (Lelaki) Johan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Penyampai Radio Lelaki Popular Johan Menang
Artis Romantis Popular Johan & Ozlynn Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Lawak MeleTOP Johan Menang
Couple MeleTOP Johan & Ozlynn Menang
Penyampai Radio MeleTOP Johan "(Era FM)" Menang
Artis Top-Top MeleTOP (Lelaki) Johan Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai Radio Popular Johan "(Hot FM)" Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Tercalon
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Tercalon
  1. Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Louisa Chong, Azri Iskandar, Shukri Yahaya dan Ikhwan Fatanna yang juga dilahirkan pada 13 Jun, tetapi berlainan tahun. Ini kerana Louisa Chong lahir 13 Jun 1956, Azri Iskandar lahir 13 Jun 1968, Johan Raja Lawak lahir 13 Jun 1984, Shukri Yahaya lahir 13 Jun 1988 dan Ikhwan Fatanna lahir 13 Jun 1990.
  1. "21 Tahun Bersama, Ozlynn Dedah Sikap Johan Tak Semua Tahu". YouTube. NONA. Dicapai pada 26 Mei 2024.
  2. Tahir, Sudirman Mohd (2022-07-31). "Johan sah sertai Hot FM". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-16.
  3. "Tambah cawangan". myMetro. 5 Mei 2011. Dicapai pada 8 September 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]