Johann W. Dobereiner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johann Wolfgang Dobereiner.

Johann Wolfgang Dobereiner (17801849) adalah seorang ahli kimia Jerman yang mendapati pada tahun 1829 bahawa unsur boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tiga unsur tertentu yang mempunyai sifat-sifat kimia yang sama. Beliau telah menamakan setiap kumpulan tiga unsur ini sebagai triad.

Dalam setiap triad, jisim atom bagi unsur tengah (unsur kedua) adalah hampir sama dengan jisim atom purata bagi dua unsur yang lainnya.

Sebagai contoh:

Pengelasan unsur-unsur kepada triad oleh Dobereiner kurang berjaya kerana pengelasan ini hanya terhad kepada beberapa unsur sahaja.

Walau bagaimanapun, hukum triad yang dikemukan oleh beliau telah mencadangkan satu perhubungan antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk perkembangan Jadual Berkala Unsur pada masa kini.alba gili