John Gaisah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

John Gaisah
Kelahiran
Lapius John Gaisah

(1955-04-08)8 April 1955
Kampung Sunsuron, Tambunan, Sabah
Meninggal dunia11 Ogos 1981(1981-08-11) (umur 26)
Kilometer 2, Jalan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sebab kematianKemalangan Jalanraya
Nama lainTom Jones Of Sabah
Pekerjaan
Tahun aktif1971 - 1981
Anak-anakEsther, Edith, Aldro
Kerjaya muzik
GenrePop dan Muzik dunia
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Kinabalu Recording
Bamboo Sound Recording Studio
Pengkarya berkait

Datuk John Gaisah, (8 April 1955 - 11 Ogos 1981) merupakan seorang seniman agung kadazandusun yang terkenal di Sabah, Malaysia. Beliau pernah bertanding di pertandingan Bintang RTM Peringkat Nasional tahun 1976, (tempat ketiga). Beliau mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penggubah lagu, penulis lagu, pencipta lirik serta bermain muzik.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas kereta yang dipandunya terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kilometer 2 Jalan Penampang Kota Kinabalu.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sebagai penghormatan dan pengiktirafan tertinggi Industri Musik Sabah, Anugerah Pertisa 2008 telah diberikan.
  • Diberi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Sabah.


Antara anugerah-anugerah yang disanjungnya :

  • JOHAN peraduan menyanyi TOP POP KING 1971 (semasa berumur 16 tahun),
  • JOHAN juara kugiran 1975 bersama kumpulan Puspanada,
  • JOHAN Bintang RTM Peringkat Negeri 1976,
  • BINTANG RTM Peringkat Nasional 1976 : Tempat Ketiga di KL, (Biduan Negara Mendiang Sudirman Hj. Arshad sebagai juara),
  • JOHAN pertandingan Kugiran peringkat Kebangsaan bersama Kumpulan Kugiran Nada Sukma pada tahun 1977, (Mendiang Semunting sebagai pemain saxophone),
  • JOHAN Peraduan Suara dengan Kumpulan Nada Sukma peringkat Kebangsaan (bersama Peter Dicky Lee),
  • Perintis Program Dusun di RTM Sabah

Lagu Popular[sunting | sunting sumber]

Antara sebahagian lagu John Gaisah antaranya:

  • Tolu Toun Pitongkiadan
  • Soira Osorou Ku
  • Mogot Daa Do Koyu Sanganu Dika
  • Kada Oku Nodi Soroho
  • Alicia Koupusan Ku
  • Kilung-kilungan
  • Miiniagal Do Sinsing
  • Taragang Rasuk
  • Kada Tokou Pogililihu
  • Oi Gidi
  • Logupon Ku I Romou Ku
  • Joget Tintod Do Mamanau

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]