Pergi ke kandungan

John Sikie Tayai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Sikie Tayai
Presiden Ke-3 Parti Rakyat Sarawak
Menyandang jawatan
19 Oktober 2025
TimbalanMajang Renggi
Didahului olehJoseph Salang Gandum
Menteri Di Jabatan Premier Sarawak
Menyandang jawatan
2021
Premier Abang Johari Openg
Didahului olehDirinya sendiri
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak
(Undang-undang dan Adat Bumiputera)
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 21 November 2021
Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Bagi N.53 Kakus
Dijangka mula menjawat
2011
MenggantikanDublin Unting Ingkot
Majoriti602 (2011)
5,211 (2016)
1,897 (2021)
Maklumat peribadi
LahirSarawak
Parti politikParti Rakyat Sarawak (2002-Kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (2011-2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018-Kini)
PasanganDatin Sri Melia John
Anak5
KediamanTatau, Sarawak
PekerjaanSarawak ADUN

YB Dato Sri John Sikie Tayai adalah Ahli Politik Berketurunan Dayak yang aktif di Sarawak. Beliau Merupakan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Sejak 2021. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan N.53 Kakus setelah menang dalam Pilihan raya DUN Sarawak sejak 2011. Di peringkat akar umbi beliau kini adalah Presiden Bagi Parti Rakyat Sarawak setelah menang dalam pemilihan menggantikan Dato' Sri Joseph Salang Gandum.

Pilihan raya 2011

[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 3366 undi dengan majoriti 602.

Dalam pilihan raya sebelum ini, kawasan ini dimenangi oleh John Sikie Tayai (BN-PRS).

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun 2011, calon Barisan Nasional (Parti Rakyat Sarawak), YB John Sikie Anak Tayai, berjaya memenangi kerusi N.53 Kakus dengan majoriti 602 undi.

Beliau memperoleh 4,812 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Entaban Anak Sarei, yang meraih 4,210 undi, serta calon Bebas, Sapok Anak Busu, yang mendapat 310 undi.

Kemenangan ini menandakan kemunculan pertama YB John Sikie Tayai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, menggantikan mendiang Dr. Dublin Unting Ingkot, juga dari PRS, yang pernah mewakili kawasan ini sejak 1991.

Kerusi Kakus terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Rajang dan merupakan kubu kuat Parti Rakyat Sarawak (PRS), mencerminkan kepercayaan berterusan masyarakat tempatan terhadap kepimpinan PRS dan Barisan Nasional di kawasan pedalaman.

Pilihan raya 2021

[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2021, calon John  Sikie Anak Tayai mewakili Parti  Rakyat  Sarawak (PRS) yang kini sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), meraikan kemenangan di kerusi DUN Kakus dengan memperoleh kira-kira 75.21% daripada undi Popular.

Beliau memperoleh 6,857 undi, menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Aping Anak Bumbun, yang meraih 1,133 undi, serta calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Johnny Anak Tawah, dengan 1,114 undi.

Majoriti kemenangan: 5,724 undi.

Kemenangan besar ini membuktikan keyakinan padu rakyat Kakus terhadap kepimpinan GPS di bawah Parti Rakyat Sarawak (PRS), serta kepercayaan berterusan terhadap khidmat bakti YB Dato' Sri John Sikie Tayai yang telah berkhidmat sejak 2011.

Kemenangan ini menegaskan sokongan kuat rakyat Kakus terhadap kepimpinan PRS/GPS di kawasan pedalaman dan menjadi bukti bahawa perpaduan dan pembangunan terus menjadi teras perjuangan.

Presiden PRS

[sunting | sunting sumber]

Dato' Sri John Sikie Anak Tayai telah dipilih sebagai Presiden PRS untuk penggal 2025-2028 menggantikan Dato' Sri Joseph Salang Gandum setelah memenangi undian dalaman parti dengan 186 undi berbanding pencabarnya Wilson Nyabong  Ijang yang memperoleh 154 undi.  

[1]

  1. ^ https://premier.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/44. Missing or empty |title= (bantuan)