Johor FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Johor FM
BandarJohor Bahru
Kawasan penyiaranJohor
SloganPermata Selatan
Tarikh siaran pertama7 November 1965; 56 tahun yang lalu (1965-11-07) sebagai Stesen Johor Bahru
FormatKontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pemilik
Saluran kembar
Tapak webjohorfm.rtm.gov.my

Johor FM (radio ini dikenali sebagai Stesen Johor Bahru, Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu), Radio 2 Johor Bahru (FMJB), Radio 3 Johor dan Radio Malaysia Johor Bahru) ialah sebuah stesen radio negeri Johor yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari Johor Bahru. Ia disiarkan dalam Bahasa Melayu dan menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia, 18 jam sehari dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Johor FM adalah salah satu stesen radio tempatan pertama di Malaysia. Moto utamanya ialah Permata Selatan.

Johor FM disambung siar dari Nasional FM[sunting | sunting sumber]

Johor FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12:00 tengah malam sehingga 6:00 pagi setiap hari.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 7 November 1963: Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar Gelombang Sederhana dengan kuasa 50 kW.
  • 9 Ogos 1965: Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) mula ke udara.
  • 4 Jun 1966: Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
  • 1976: Waktu Siaran Kawasan Selatan bagi Rangkaian Nasional ditambah satu jam dari 3:00 petang hingga 7:15 malam. Siaran tempatan bermula dari 5:10 petang hingga 7:15 malam.
  • 1 September 1980: Waktu siaran Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu dari pukul 8:10 pagi hingga 9:00 pagi.
  • 1 Januari 1982: Apabila waktu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diseragamkan Waktu Siaran Rangkaian Nasional Siaran Daerah Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) diselaraskan seperti berikut dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 pagi (Siaran Tempatan 3:35 pagi hingga 9:00 pagi).
  • 30 Ogos 1988: Siaran RMJB disiarkan melalui FM Stereo iaitu jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi dan 3:30 petang hingga 7:45 malam (siaran daerah kawasan selatan dan siaran tempatan Johor).
  • 20 Oktober 1988: FM Stereo ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Radio Malaysia Johor Bahru ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 meter (576Khz).
  • 1 Januari 1989: Radio Malaysia Johor Bahru yang dikenali dengan Radio 3 Johor Bahru.
  • 1 Januari 1990: Siaran Radio 3 Johor Bahru Pagi: 07:00 hingga 09:00. Petang: 15:10 hingga 20:10.
  • 3 September 1990: Siaran Radio 3 Johor Bahru Pagi: 06:00 hingga 09:00. Petang: 14:00 hingga 21:00.
  • 1 Mei 1991: Bilik Hubungan (FM) mula digunakan.
  • 1 Januari 1992: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 21:00. Siaran Stesen Radio Malaysia Johor Bahru yang keudara melalui Gelombang Sederhana mula juga disiarkan melalui Gelombang FM.
  • 1 Januari 1993: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 00:00. Jumlah siaran Radio 3 Johor Bahru 18 jam sehari.
  • 1 Januari 1994: Stesen Radio 3 Johor Bahru dan FM Johor Bahru mula beroperasi dari bangunan baru iaitu Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar. Dengan pembinaan Kompleks ini kawasan seluas lebih 75 ekar sekarang menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Stesen Pemancar Johor Bahru
  • 1 November 1995: Siaran Radio 3 Johor Bahru telah menggunakan peralatan sistem Digital (berkomputer).
  • 12 April 1997: Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor.
  • 1 September 1998: Radio 3 Johor Bahru bertukar nama kepada Radio Malaysia Johor.
  • 1 April 2005: Radio Malaysia Johor Bahru bertukar nama kepada Johor FM.
  • September 2006 - Menara RTM, menara pemancar setinggi 317 meter di stesen Johor Bahru diturunkan.
  • Mac 2011 - FM Stereo Johor Bahru tamat siaran.
  • 1 April 2021 - Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-75 dan Johor FM rasmi melancarkan logo baharu dan saluran sukannya serta menjenamakan semula kesemua stesen radio tempatannya.

Sejarah nama Johor FM[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Rancangan utama[sunting | sunting sumber]

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
92.1 MHz Mersing Bukit Tinggi
101.9 MHz Johor Selatan dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
105.3 MHz Johor Utara Gunung Ledang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]