Sejarah Johor Moden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Johor Moden)
Kesultanan Johor Darul Ta'zim
1885–1942
1945–1946


Jata Johor
Bendera Jata
Cogan kataKepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
lokasi Johor dalam Tanah Melayu pada tahun 1912
lokasi Johor dalam Tanah Melayu pada tahun 1912
StatusNegeri naungan British
Ibu negaraJohor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Agama
Islam
Sultan 
• 1862-1895
Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
• 1895-1959
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Penasihat Am 
• 1914-1918
D.G. Campbell
• 1940-1941
W.D. Barron
Era SejarahEmpayar British
• Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh British
11 Disember 1885
• Naungan British
12 Mei 1914
31 Januari 1942
• Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
1 Februari 1948
Mata wangDolar Selat sehingga 1939
Dolar Malaya sehingga 1953
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Johor-Riau
Johor Darul Ta'zim
Sekarang sebahagian dari Malaysia

Sejarah Johor Moden atau Kesultanan Johor Moden ialah pemerintahan dinasti Wangsa Temenggung. Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor menyebabkan kuasa memerintah Johor diberi kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di Negeri Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.[1]

Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.[2] Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

Baginda memindahkan pentadbiran dari Teluk Belanga, Singapura ke Johor Baharu. Pada 1885, Johor mengadakan perjanjian persahabatan dengan Great Britain.Setiap kali berhadapan dengan masalah pentadbiran, Sultan Abu Bakar akan belayar ke London dan ini mewujudkan diplomasi dengan kerajaan Great Britain.Semasa ketiadannya, pentadbiran Johor diserahkan kepada keluarga dan pengikut.

Beberapa elit / bangsawan Melayu memainkan peranan penting dalam sejarah Johor moden. Arkitek utama ialah Ungku Abdul Rahman Ungku Abdul Majid, Dato Menteri Jaafar Muhamad, Dato' Mohamad Salleh bin Perang dan Dato' Mohamad Ibrahim bin Munshi Abdullah.

Pentadbiran Johor dibantu oleh beberapa orang Eropah yang menetap di Singapura. Antaranya ialah Hole William menjadi setiausaha Sultan Abu Bakar dan Dato' Sri Amar Diraja, Abdul Rahman Andak. Howard Bentley menjadi Ketua Pejabat Pos, Majistret dan Pengarah Imigresen; Tom Kerr menjadi Penguasa Kewangan Kerajaan; WF Garland - Juruukur awam; Kapten Newland - Komandan Tentera Johor. Semasa ketiadaan Sultan melawat London, Johor ditadbir oleh elit Melayu Johor. Sultan Abu Bakar meninggal dunia pada 1885 di London kerana --[3]

Laporan oleh Sir Robert Herbert yang menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Johor di London mendapati rekod kewangan Johor sangat buruk. Pengganti Sultan Abu Bakar ialah anaknya Sultan Ibrahim, mewarisi perbendaharaan kosong dan menanggung hutang besar bapanya. Sultan Ibrahim telah membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan perlantikan pegawai-pegawai baru pada 1895. Antaranya ialah Muhammad Ibrahim bin Munsyi Abdullah, Dato' Bentara Dalam; Mohamed Hassan bin Dato' Sri Setia Raja Tahir. Dato' Jaafar Muhamad terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor manakala Engku Suleiman bin Engku Daud (saudara sultan) sebagai Pesuruhjaya negeri dalam Jajahan Muar. Dato' Mohamed Mahbob menjadi Setiausaha kerajaan Johor. Ismail bin Bachok menjadi Pesuruhjaya Polis di Muar. Apabila Mohamed Mahbob cuti sakit di India, dia diganti oleh Ismail bin Bachok.

Jawatan baru telah diwujudkan seperti Ketua Perbendaharaan; Pesuruhjaya Ketua Polis Negara, Ketua Audit Negeri; Komandan Penjara dan akhirnya Ketua Jabatan Kerja Raya Johor. Nepostisme berlaku pada 1914, apabila 11 jawatan baru, 7 daripadanya berkait rapat dengan Dato' Menteri Besar, Dato' Jaafar Muhamad. Golongan elit agama disisih dari jentera kerajaan.

Sultan Ibrahim mulanya mahu lebih banyak pegawai Eropah berkhidmat di Johor. Sejak 1914, Johor menerima penasihat British. Sultan Ibrahim mengemukakan memorandum kepada Sir Philip Cunliffe iaitu Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan. Baginda menyatakan rasa tidak setuju dengan pelantikan lebih banyak orang Eropah di Johor. Bilangan pegawai Melayu hendaklah sama pegawai Eropah.

Pada Pada 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mengutus surat kepada Gabenor Sir Arthur Young, mahukan tindakan dilakukan. Dato' Onn Jaafar selaku Menteri Besar Johor lebih kritikal terhadap pegawai British terutama darjat dan perbezaan gaji .[4]

Eric Robertson menghubungkaitkan pelabur Jepun di Johor dengan aktiviti perisikan yang berpengkalan di Bangkok. Perisik Jepun meninjau ketenteraan British di Singapura dan menjadi punca kemenangan Jepun dalam Perang Dunia II. Pada 1936, kegiatan ekonomi Jepun mula berkurang akibat Perang China-Jepun.

Pengusaha Jepun, Retsunosuke Kawashima telah dibenarkan membuka tanah untuk penanaman padi dan pertanian komersial di dalam daerah Chohong, Muar. Tanah seluas 1,000 ekar. Beliau juga dibenarkan untuk mengimpot dan memperkenalkan buruh-buruh Jepun dalam kegiatan penanaman padi dan pertanian yang lain. Retsunosuke Kawashima ( 74 tahun) telah memajak kawasan hutan seluas 150,000 ekar di Muar selama 99 tahun mulai tahun 1897 dari Sultan Johor. Sebenarnya, Kawashima pernah meminta kawasan seluas 2,000 ekar tanah di Tanjung Olak, 1,000 ekar di Parit Jawa dan 2,000 ekar lagi di Chohong kerana hendak bersawah padi dan lain-lain tanaman. Permohonan lain ditolak kerana 1000 ekar di Chohong tidak diusahakannya sehingga habis tempoh kebenaran selama setahun.

Perang Dunia II dan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
  2. ^ [2]
  3. ^ 'Anak Apak' oleh Subky Abdul Latif,hlm
  4. ^ [pkukmweb.ukm.my Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies]

,