Jon Fisher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jon Fisher
Kelahiran (1972-01-19) 19 Januari 1972 (umur 52)
PekerjaanUsahawan, penganalisis ekonomi
PasanganDarla Kincheloe Fisher
Anak-anakseorang anak perempuan

Jon Fisher (lahir di Stanford, California pada 19 Januari 1972) merupakan seorang usahawan Lembah Silikon, pengarang, dan penganalisa ekonomi.[1] Fisher merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bharosa, sebuah syarikat milik Oracle Corporation, yang telah mengeluarkan Oracle Adaptive Access Manager.[2] Fisher dikenali dengan kemampuannya untuk membuat ramalan-ramalan yang tepat mengenai keadaan ekonomi Amerika Syarikat, terutamanya mengenai kadar pengangguran.[3][4] Fisher merupakan seorang pembantu profesor di Universiti San Francisco,[5] dan bukunya, Strategic Entrepreneurism: Shattering the Start-Up Entrepreneurial Myths, merupakan bahan bacaan wajib untuk program MBA di beberapa pusat pengajian, termasuklah di Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California, Berkeley.[6] Buku ini merupakan salah satu daripada tiga buku yang telah dipilih oleh Ohio Tech Angels untuk projek mereka yang melibatkan kajian ke atas pengaturan masa dan strategi yang terlibat dalam penjualan perniagaan, khususnya bagi perniagaan-perniagaan yang dibiayai oleh pelabur-pelabur persendirian.[7]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Fisher dilahirkan di Hospital Stanford dan merupakan anak kepada sepasang profesor universiti iaitu Gerald dan Anita Fisher. Dia menamatkan persekolahannya dari Sekolah Nueva dan Sekolah Crystal Springs Uplands. Dia telah menghadiri Kolej Vassar sebelum menamatkan pengajiannya dari Universiti San Francisco. Fisher berkahwin dengan Darla Kincheloe Fisher, pemilik butik pakaian Koze, pada tahun 2002. Anak perempuan mereka telah dilahirkan pada tahun 2010.

Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Fisher menjadi pengasas bersama dan Ketua Pengawai Eksekutif bagi AutoReach,[8] yang kini merupakan sebuah anak syarikat AutoNation.[9][10][8] Pada tahun 1998, syarikatnya, NetClerk, telah mencipta permit pembinaan dalam talian.[11] Netclerk telah menjadi aset jualan kepada BidClerk pada tahun 2002.[12] Selepas kegagalan NetClerk, Fisher bergabung dengan bintang-bintang dari filem dokumentari Startup.com, termasuk Kaleil Isaza Tuzman, untuk membantu usahawan-usahawan menstruktur semula dan menutup syarikat mereka.[13] Pada tahun 2004, Fisher menjadi pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bharosa, yang kemudiannya telah diperoleh oleh Oracle Corporation pada tahun 2007.[14] Pada 20 Julai, 2010, Fisher telah diumumkan sebagai CEO bagi Predilect, sebuah syarikat baru dalam bidang keselamatan dalam talian.[15] Pada 17 November, 2010, Fisher telah diumumkan sebagai CEO bagi CrowdOptic, hasil daripada perubahan teknologi dan model perniagaan Predilect.[16] Penulis majalah Wired, Bruce Sterling, telah menulis seperti berikut mengenai CrowdOptic: "Saya belum pernah membaca sebarang hasil kerja fiksyen mahupun bukan fiksyen yang pernah membayangkan bahawa teknologi sedemikian boleh wujud.”[17] Fisher bergiat aktif sebagai penceramah di universiti-universiti dan forum-forum teknologi. [18][19]

Ramalan yang tepat[sunting | sunting sumber]

Fisher telah memberi ceramah di Universiti Marquette pada tahun 2008. Fisher memberikan komen bahawa penurunan dalam pembinaan kawasan perumahan merupakan indikator yang baik bagi arah tuju kadar pengangguran. Dia menulis: "Berdasarkan sejarah, apabila bilangan projek perumahan A.S. yang baru menjunam, kadar pengangguran akan bertambah pada tahun yang berikutnya”, justeru merumuskan keyakinannya bahawa wujudnya korelasi linear di antara permulaan projek-projek perumahan kebangsaan dan kadar pengangguran kebangsaan dalam masa-masa kemelesetan ekonomi yang teruk.[3] Fisher telah membuat salah satu ramalan yang paling tepat dalam sejarah A.S. pada bulan April 2008 di Universiti Marquette, di mana dia meramalkan bahawa kadar pengangguran di A.S akan meningkat kepada 9% menjelang April 2009.[3][4]

Pada bulan Ogos 2009, di Kelab Komanwel di California, Fisher meramalkan bahawa kadar pengangguran di A.S. akan mencecah tidak lebih daripada 10.4% sebelum menurun kepada 8.0% menjelang akhir tahun 2010.[20] Fisher menyatakan bahawa rumah-rumah pengguna akan menjadi titik tumpuan ekonomi A.S dan ekonomi antarabangsa, sekali gus mencabar tesis The World Is Flat oleh Thomas L. Friedman.[21] Fisher merupakan kritik yang bersuara lantang terhadap pelan-pelan jaminan jabatan Perbendaharaan, dan mengatakan bahawa “terdapat pelbagai teknik penstrukturan semula yang lazim digunakan dalam dunia perniagaan, tetapi tiada satu pun yang digunakan oleh pihak kerajaan.”[5] Walau bagaimanapun, Fisher juga menulis bahawa "keusahawanan tidak seharusnya digunakan untuk membelantankan jaring keselamatan yang ada."[1]

Dalam sebuah temuramah di Radio IE pada bulan Mac 2010, Fisher telah meramalkan masa yang tepat bagi krisis hutang siling Amerika Syarikat dalam tahun 2011.[22]

Paten[sunting | sunting sumber]

Fisher merupakan pereka bersama untuk 4 paten yang telah dikeluarkan dan 14 paten yang sedang diproses: 7,908,645[23] 7,822,990,[24] 7,616,764,[25] dan 7,596,701;[26] Paten-paten tersebut adalah berkaitan dengan enskripsi dan keselamatan data dalam talian serta perkhidmatan-perkhidmatan mudah alih.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • American City Business Journals Forty Under 40 (2006)[27]
  • Usahawan Tahunan Ernst & Young, Kategori Membangun (2007)[27]

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Fisher telah bertugas sebagai pemegang amanah di Sekolah Nueva di Hillsborough, CA dan merupakan salah seorang ahli dalam pasukan kempen kebangsaan mereka dalam tahun 2008.[28] Dia juga pernah bertugas sebagai pemegang amanah untuk Yayasan Penyelidikan Pacific Vascular di San Francisco Selatan.[29] Jon juga telah memegang jawatan sebagai ahli lembaga Buck Institute for Age Research.[30]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Fisher merupakan seorang pembantu profesor di Universiti San Francisco,[5] dan bukunya merupakan bahan bacaan wajib untuk program MBA di beberapa buah pusat pengajian, termasuklah di Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California, Berkeley.[6] Buku ini merupakan salah satu daripada tiga buku yang telah dipilih oleh Ohio Tech Angels untuk projek mereka yang melibatkan kajian ke atas pengaturan masa dan strategi yang terlibat dalam penjualan perniagaan, khususnya bagi perniagaan-perniagaan yang dibiayai oleh pelabur-pelabur persendirian.[7]

  • Fisher, Jon (2008). Strategic Entrepreneurism : Shattering the Start-Up Entrepreneurial Myths. New York: SelectBooks, Inc.. ISBN 1-59079-189-4.

Pautan-pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • Ucapan di Kelab Komanwel, 2009
  • Ucapan di Universiti Brown
  • Dow Jones MarketWatch
  • NewsHour Dengan Jim Lehrer
  • San Francisco Chronicle Op-ed
  • Temuramah dengan Wall Street Journal, Mac 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Heidi N. Moore (October 20, 2008). "Experts: The Bailout Worked! So Far. That is, We Think.". Wall Street Journal Blog. Retrieved October 22, 2010.
  2. ^ Dave Kearns (October 27, 2008). "Oracle delivers the fruit of its Bharosa acquisition". Network World. Retrieved October 22, 2010.
  3. ^ a b c Greg MacSweeney (June 18, 2010). "I Hope I'm Wrong About Rising Unemployment". Wall street & Technology. Retrieved October 22, 2010.
  4. ^ a b Nicole Ferraro (March 18, 2010). "2011 to Bring 'Next Economic Catastrophe". Internet Evolution. Retrieved October 22, 2010.
  5. ^ a b c Heidi N, Moore (March 23, 2009). "Treasury's Bailout Plan: First, Stop Handing Out Cash". Wall Street Journal blog. Retrieved October 22, 2010.
  6. ^ a b "Course Guide, EWMBA 295T - New Venture Finance". Haas School of Business. Spring 2010. Retrieved October 23, 2010.
  7. ^ a b "One Angel Group's Practical Journey to Improved Exit Strategies". Angel Capital Education Foundation. December 21, 2010. Retrieved December 21, 2010.
  8. ^ a b "Patently Obvious? Score One for the Big Guys". Barron's. January 12, 2013.
  9. ^ "O'Brien: Jon Fisher says selling company -- and missing out on IPO -- should be every entrepreneur's goal". Retrieved 2 July 2012.
  10. ^ "Republic Industries Acquires Dealerships in Five States With over $1.1 Billion in Annualized Revenue". PR News Wire. Retrieved October 22, 2010.
  11. ^ Laurie J. Flynn (August 28, 2000). "Compressed Data; A San Francisco Company Learns What a Mayor Can Do for Business". New York Times. Retrieved October 22, 2010.
  12. ^ NetClerk Acquired, Turning into Free Online Help Desk
  13. ^ Carol Emert (August 12, 2001). "Entrepreneur bounces back from documented failure". San Francisco Chronicle. Retrieved October 22, 2010.
  14. ^ "Oracle Buys Online Identity Theft and Fraud Detection Leader Bharosa". Oracle press release. July 18, 2007. Retrieved October 22, 2010.
  15. ^ Cody Barbierri (July 20, 2010). "Predilect lands $750k for stronger security questions". Venture Beat.com. Retrieved October 22, 2010.
  16. ^ Riley McDermid (November 17, 2010). "Looking for perfect event pic?". Venture Beat.com. Retrieved November 19, 2010.
  17. ^ Bruce Sterling (May 25, 2011). "Augmented Reality: CrowdOptic triangulates and annotates a blimp". Wire Magazine. Retrieved August 9, 2011.
  18. ^ "Jon Fisher Blog". Retrieved December 11, 2010.
  19. ^ Mark C. Trayling. "Strategic Entrepreneurism". Selectbooks.com. Retrieved December 14, 2010.
  20. ^ "Entrepreneurism, Begin With The End In Mind: Jon Fisher" Diarkibkan 2010-01-23 di Wayback Machine. San Francisco: fora.tv. August 7, 2009. Retrieved March 12, 2011.
  21. ^ "Entrepreneurism, Begin With The End In Mind: Jon Fisher" Diarkibkan 2010-01-23 di Wayback Machine. San Francisco: fora.tv. August 7, 2009. Event occurs at 17:45 to 19:00. Retrieved October 22, 2010.
  22. ^ Ferraro, Nicole (March 18, 2010). "2011 to Bring 'Next Economic Catastrophe'". Internet Evolution. Retrieved August 7, 2011.
  23. ^ "United States Patent 7,908,645 Varghese, et al.". patents.com/us. April 28, 2006. Retrieved March 18, 2011.
  24. ^ "United States Patent 7,822,990 Varghese, et al.". Google online patent search. October 26, 2010. Retrieved March 18, 2011.
  25. ^ "United States Patent 7,616,764 Varghese, et al.". Google online patent search. November 10, 2009. Retrieved March 18, 2011.
  26. ^ "United States Patent 7,596,701 Varghese, et al.". Google online patent search. September 29, 2009. Retrieved March 18, 2011.
  27. ^ a b "40 People to Watch: Jon Fisher". Silicon Valley - San Jose Business Journal. October 8, 2006. Retrieved October 22, 2010. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sanjose" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  28. ^ "Tea on the Green 2008". nuevaschool.org. Retrieved April 6, 2011.
  29. ^ "Executive profile: Jon B. Fisher". Retrieved April 6, 2011.
  30. ^ "Buck Institute: Jon B. Fisher". Retrieved September 14, 2011.