Jon Secada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jon Secada
Secada pada tahun 2017
Latar belakang
Nama lahirJuan Francisco Secada Ramírez
Kelahiran (1961-10-04) 4 Oktober 1961 (umur 62)
Havana, Cuba
Berasal dariMiami, Florida, Amerika Syarikat
GenrePop
Latin pop
PekerjaanPenyanyi-penulis lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif1984–kini
Syarikat rakaman
SBK
EMI
Laman sesawang
jonsecada.com

Juan Francisco Secada Ramírez (lahir 4 Oktober 1961), yang lebih dikenali sebagai Jon Secada, ialah seorang penyanyi dan penulis lagu berdarah Cuba-Amerika dan Afrika-Cuba.[1] Beliau telah memenangi dua Anugerah Grammy dan menjual lebih dari 15 juta rakaman,[2] menjadikannya artis muzik Latin dengan penjualan terlaris. Beliau menggabungkan funk, muzik soul, pop, dan perkusi latin.

Secada menulis dua lagu bagi Gloria Estefan, Ricky Martin, serta Jennifer Lopez. Beliau mengikuti jelajah bersama Luciano Pavarotti dan merakamkan duet bersama Jim Brickman, Olivia Newton-John, serta Frank Sinatra. Secada juga kerap tampil di A Capitol Fourth.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Secada lahir pada tahun 1961 di Havana, Cuba.[1] Bapa Secada, José, dipenjara selama 3 tahun sebagai tahanan politik oleh rejim Castro. Pada tahun 1971, Secada mendapat kebenaran untuk berpindah dan kemudian beliau berpindah ke Miami.[3] Ibu bapanya membuka sebuah kedai kopi di sana.[4]

Secada dibesarkan di Hialeah, Florida. Pada 1979, beliau menamatkan pengajian di Hialeah High School.[5] Sewaktu menjayakan A Christmas Carol saat di kelas 11 beliau menyedari potensi muziknya dan didorong oleh para guru untuk mengejar kerjaya muziknya.[1]

Pada tahun 1983, beliau menerima ijazah Sarjana Muzik dan pada tahun 1986 beliau menerima Ijazah Muzik dalam persembahan vokal jazz, dari Frost School of Music.[6] Beliau lulus dengan predikat cum laude dan kemudian diterima di Iron Arrow Honor Society.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Jon Secada (1992)
  • Otro Día Más Sin Verte (1992)
  • Heart, Soul & a Voice (1994)
  • Si Te Vas (1994)
  • Amor (1995)
  • Secada (1997)
  • Better Part of Me (2000)
  • The Gift (2001)
  • Amanecer (2002)
  • Same Dream (2005)
  • A Christmas Fiesta/Una Fiesta Navideña (2007)
  • Expressions (2009)
  • Classics/Clasicos (2010)
  • Otra Vez (2011)
  • To Beny Moré With Love (2017)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "JON SECADA SEES SUCCESS FROM ALL SIDES". Orlando Sentinel. 7 April 1995.
  2. ^ "Vuelve Jon Secada a los escenarios". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). Mexico. 11 September 2002. Dicapai pada 17 Jun 2020.
  3. ^ Capretto, Lisa (31 Januari 2017). "Latin Superstar From The '90s Shares His Powerful Immigrant Story". HuffPost.
  4. ^ "A little of everything: Since days with Sound Machine, Jon Secada has built a diverse career". Las Vegas Sun. 16 September 2005.
  5. ^ BENN, EVAN (31 Julai 2018). "Grammy winner Jon Secada goes back to Hialeah with INDULGE". The Miami Herald.
  6. ^ "Jon Secada, B.M. '83, MM '86". Frost School of Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-27. Dicapai pada 2020-12-26.
  7. ^ "Jon Secada: Bio". Jon Secada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]