Jonathan Groff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jonathan Groff
Groff di Outfest pada Jun 2013
Kelahiran
Jonathan Drew Groff

(1985-03-26) 26 Mac 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2005–kini

Jonathan Drew Groff (lahir 26 Mac 1985) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Pada usia 22 tahun, Groff meraih pencalonan Anugerah Tony untuk wataknya sebagai Melchior Gabor dalam muzikal rock Broadway Spring Awakening. Beliau juga menjayakan peranan Claude dalam Hair. Sering kelihatan di pentas off-Broadway, Groff memenangi Anugerah Obie kerana membintangi dua sandiwara pentas Craig Lucas, Prayer for My Enemy dan The Singing Forest. Beliau membuat penampilan West End pertamanya dalam sandiwara pentas Deathtrap bersama Simon Russell Beale. Beliau juga membintangi Red bersama Alfred Molina.

Pada tahun 2013, Groff membintangi adaptasi layar pertama karya pengarang David Sedaris, C.O.G., di mana beliau melakonkan watak yang berdasarkan darpada Sedaris sendiri, dan sebagai pelakon suara Kristoff dalam Frozen. Di televisyen, Groff memegang watak Jesse St. James dalam siri Fox Glee, dan dari 2014 sehingga 2015, beliau juga melakonkan watak sebagai Patrick Murray dalam siri HBO Looking.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Groff dilahirkan di Lancaster, Pennsylvania, sebagai anak kepada Julie, seorang gur fizik, dan Jim Groff, seorang pelatih kuda. Beliau mempunyai seorang abang, David, dan merupakan sepupu pertama dari penyanyi James Wolpert,[1] peserta separuh akhir musim kelima dari The Voice.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Groff menyatakan dirinya sebagai gay pada Oktober 2009 saat Perarakan Kesaksamaan Nasional di Washington.[2] Sejak 2010, Groff dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Zachary Quinto. Pada September 2012, Quinto menyatakan bahawa beliau dan Groff mempunyai hubungan.[3] Pada Julai 2013, media melaporkan bahawa hubungan mereka berdua retak.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Interview with James Wolpert: L-S grad growing confident on 'The Voice'". LancasterOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-11. Dicapai pada 2021-07-07.
  2. ^ Jensen, Michael (19 Oktober 2009). "Tony Award Nominee Jonathan Groff has Most Low-key Coming Out Ever". AfterElton.com. Dicapai pada 2012-02-17.
  3. ^ Strecker, Erin (September 12, 2012). "Zachary Quinto on dating Jonathan Groff: 'I'm incredibly happy'". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 24 Januari 2014.
  4. ^ "Jonathan Groff and Zachary Quinto end yearlong romance". United Press International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-09. Dicapai pada 24 Januari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]