Jores Okore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jores Okore
Maklumat peribadi
Nama penuhTetchi Jores Charlemagne
Ulrich Okore[1]
Tarikh lahir (1992-08-11) 11 Ogos 1992 (umur 27)
Tempat lahirAbidjan, Ivory Coast
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniAston Villa
Nombor5
Kerjaya remaja
2000–2007B.93
2007–2011Nordsjælland
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2013Nordsjælland65(5)
2013–Aston Villa3(0)
Pasukan kebangsaan
2011–Denmark B214(0)
2011–Denmark8(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 02:08, 22 August 2013 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23:35, 7 September 2014 (UTC)

Tetchi Jores Charlemagne Ulrich Okore (lahir 11 Ogos 1992), dikenali sebagai Jores Okore, merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pertahanan untuk Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Denmark.

Okore dianggap sebagai pemain pertahanan yang agresif, dan terkenal dengan kecepatan dan kekuatannya.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Okore dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast; dia berpindah ke Denmark dengan keluarganya ketika berumur 3 tahun, dimana dia bermain bola sejak berumur 8 tahun bersama B.93 di daerah Østerbro, Copenhagen.[3] Dia berpindah ke FC Nordsjælland pada tahun 2007, dimana dia merupakan kapten pasukan belia.[4]

Karier senior[sunting | sunting sumber]

FC Nordsjælland[sunting | sunting sumber]

Setelah sebelumnya membuat beberapa penampilan dalam perlawanan Piala Denmark , termasuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FCN dalam musim 2010-11. Okore membuat kemunculan sulung liga ketika menentang AC Horsens pada 3 April 2011, sebagai pemain gantian kepada Michael Parkhurst.[5] Dia terus membuat penampilan pasukan utama selepas kecederaan Parkhurst, untuk baki musim 2010–11, berjaya membuat sebelas penampilan liga dan satu bantuan gol.[2][6] Jorés Okore menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama kelab yang berpangkalan di Farum pada bulan Jun 2011,[4] dan dijadikan ahli rasmi skuad senior untuk musim Superliga 2011–12 oleh ketua jurulatih baru, Kasper Hjulmand.

Pada 18 September 2011, Okore menjaringkan gol senior pertamanya untuk FC Nordsjælland, ketika kemenangan 2–0 ke atas Brøndby. Ia merupakan satu-satunya gol yang di jaringkan pada musim itu.[7] Pada bulan November 2011 dia menandatangani kontrak baru, melanjutkan kontrak semasanya dengan FCN sehingga bulan Disember 2016.[8] Dia dijadikan naib-kapten FC Nordsjælland untuk muim 2012–2013.

Ketika tingkap perpindahan bulan Januari 2013, Okore menolak perpindahan ke Chelsea dan Metalist Kharkiv.

Aston Villa[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Jun 2013, Okore menyertai Aston Villa secara perjanjian empat tahun dengan yuran dipercayai sekitar £4 juta.[9] FC Nordsjælland mengesahkan melalui akaun Twitter dan Facebook rasmi kelab bahawa ia merupakan penjualan paling mahal mereka. Dia membuat kemunculan sulung Liga Perdana Inggeris pada 21 Ogos 2013 di Stamford Bridge menentang Chelsea, menggantikan Ciaran Clark yang cedera beberapa minit sebelum separuh masa.[10] Okore beraksi dalam kesebelasan utama Liga Perdana buat kali pertama pada 24 Ogos ketika menentang Liverpool. Pada 16 September 2013, Aston Villa mengumumkan Okore akan terlepas musim 2013–14 season setelah mengalami kecederaan serius, yang memerlukan pembedahan, ketika perlawanan menentang Newcastle United pada 14 September.[11]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 2011, Okore membuat penampilan antarabangsa yang pertama untuk pasukan bawah-21 ketika berumur 19 tahun, dalam kelayakan Piala bawah-21 UEFA, menang 3–0 ke atas Ireland Utara.

Pada 6 November 2011 Jores Okore dipanggil ke pasukan bola sepak kebangsaan Denmark menggantikan Simon Kjær, untuk perlawanan persahabatan menentang Sweden pada 11 November 2011.[12] Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan itu, masuk pada minit ke 62, menggantikan Andreas Bjelland.[13] Pada 24 Mei 2012, Okore telah dipilih ke dalam skuad Denmark untuk Euro 2012.[14]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 September 2013[15]
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
FC Nordsjælland 2009–10 Danish Superliga 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0
2010–11 Danish Superliga 11 0 3 0 0 0 0 0 14 0
2011–12 Danish Superliga 25 1 3 0 2 0 0 0 30 1
2012–13 Danish Superliga 29 4 0 0 5 0 0 0 34 4
Jumlah 65 5 7 0 7 0 0 0 79 5
Aston Villa 2013–14 Liga Perdana Inggeris 3 0 1 0 0 0 0 0 4 0
Jumlah 3 0 0 0 0 0 0 0 4 0
Jumlah karier 68 5 8 0 7 0 0 0 83 5

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Dicapai 16 August 2013. 
  2. ^ a b Larsen, Niels (8 April 2011). "Hvem f... er Jorés Okore?" (dalam bahasa Danish). Tipsbladet.dk. Dicapai 11 August 2011. 
  3. ^ Pedersen, Johnny Gudmand (15 November 2011). "FCNs Okore drømmer om Chelsea". Sporten.dk (dalam bahasa Danish). GoNews.dk. Dicapai 17 November 2011. 
  4. ^ a b Helmin, Jesper (9 June 2011). "Lang FCN contract for Okore" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai 11 August 2011. 
  5. ^ Blond, Mikael (4 April 2011). "Superliga-debutant: Var lidt surrealistisk" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai 11 August 2011. 
  6. ^ "FCN: Målscorere" (dalam bahasa Danish). FCN.dk (F.C. Nordsjælland). Dicapai 11 August 2011. 
  7. ^ "Jores Okore". www.uefa.com. Dicapai 14 June 2013. 
  8. ^ Akbal, Ejder (4 November 2011). "Jores Okore forlænger med Nordsjælland" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai 6 November 2011. 
  9. ^ "Aston Villa sign Danish defender Jores Okore". itv.com. 13 June 2013. Dicapai 13 June 2013. 
  10. ^ "Chelsea 2 Aston Villa 1: match report". The Telegraph. 22 August 2013. Dicapai 24 August 2013. 
  11. ^ "Jores Okore: Aston Villa defender injures cruciate ligament". BBC Sport. Dicapai 17 September 2013. 
  12. ^ Blond, Mikael (6 November 2011). "19-årig FCN-komet afløser Kjær" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai 6 November 2011. 
  13. ^ Houlind, Søren (11 October 2011). "Sommerfuglene ramte Okore" (dalam bahasa Danish). Bold.dk. Dicapai 11 October 2011. 
  14. ^ Fink, Lars (24 May 2012). "Overraskelse: Okore skal til EM" (dalam bahasa Danish). TV2. Dicapai 24 May 2012. 
  15. ^ "Jores Okore". Soccerbase. Dicapai 26 May 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]