Jorge Sampaoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jorge Sampaoli
Maklumat peribadi
Nama penuh Jorge Sampaoli
Tarikh lahir (1960-03-13) 13 Mac 1960 (umur 64)
Tempat lahir Santa Fe, Argentina
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chile (pengurus)
Kerjaya remaja
Tahun Pasukan
1977–1979 Newell's Old Boys
Pasukan diurus
Tahun Pasukan
2002 Juan Aurich
2003 Sport Boys
2004–2006 Coronel Bolognesi
2007 Sporting Cristal
2008–2009 O'Higgins
2010 Emelec
2011–2012 Universidad de Chile
2012– Chile

Jorge Sampaoli (lahir 13 Mac 1960) merupakan pengurus bola sepak Argentina yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan Chile. Beliau berjaya membawa skuad Chile ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Chile[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Disember 2012, Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Chile mengumumkan Sampaoli akan mengambil alih pasukan kebangsaan Chile selepas beliau berjaya membawa kelab Universidad de Chile menjuarai tiga kali gelaran liga dan Copa Sudamericana.[1][2]

Beliau berjaya membawa Chile ke Piala Dunia FIFA 2014 dan Chile menang 3-1 pada perlawanan pembukaan ke atas Australia. Kemenangan ini diikuti ke atas Sepanyol dan Chile berjaya menempah tiket ke peringkat kalah mati sebelum tewas pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Belanda, 2-0. Chile bermain dengan baik ketika menentang tuan rumah, Brazil pada pusingan 16 tetapi tewas melalui tendangan penalti 3-2 lalu tersingkir pada kejohanan itu. Pengurus Sampaoli berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Universidad de Chile

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jorge Sampaoli confirmed as manager of Chile's national team". Santiago Times. 3 December 2012. Dicapai pada 4 December 2012.
  2. ^ "Sampaoli appointed Chile coach". FIFA. 3 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-07. Dicapai pada 4 December 2012.