José Raúl Capablanca
José Raúl Capablanca y Graupera (19 November 1888 – 8 Mac 1942) ialah pemain catur Cuba yang merupakan juara catur dunia ketiga dari 1921 hingga 1927. Dikenal sebagai anak yang sangat berbakat, dia terkenal dengan kemahiran dan kebolehan dalam kreativiti end game. Gaya bermain Capablanca juga unik kerana jarang menggunakan gerakan opening atau midgame yang biasa dipakai, ia lebih kepada intuisi.

Capablanca dilahirkan pada tahun 1888 di Castillo del Príncipe, Havana.[1] Dia menewaskan juara Cuba Juan Corzo dalam perlawanan pada 17 November 1901, dua hari sebelum hari jadinya yang ke-13.[2][3] Kemenangannya ke atas Frank Marshall dalam perlawanan antarabangsa 1909 menjadikannya mendapat jemputan ke kejohanan San Sebastián 1911. Dia memenanginya dan mendahului pemain kuat lain yang sezaman seperti Akiba Rubinstein, Aron Nimzowitsch dan Siegbert Tarrasch. Pada 1921, Emanuel Lasker sebagai juara bertahan memberikan gelarnya kepada Capablanca kerana sakit keras. Menimbulkan kontroversi yang cukup besar ketika itu.
Capablanca kehilangan gelar pada tahun 1927 kepada Alexander Alekhine, yang tidak pernah mengalahkan Capablanca sebelum perlawanan. Alekhine dalam satu kesempatan berkata bahawa seharusnya Capablanca belajar memorisasi dan lebih taktikal. Gaya caturnya yang lebih mengarah pada gerakan bebas mempengaruhi permainan juara dunia pada dua generasi selepas kematiannya Bobby Fischer dan Anatoly Karpov.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "– JOSÉ RAÚL CAPABLANCA, the Child Prodigy of the Cuban Chess. | the History, Culture and Legacy of the People of Cuba". 6 February 2020.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2017. Dicapai pada 6 April 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ Miguel A. Sánchez (2015) Jose Raul Capablanca: A Chess Biography. pg 77 ISBN 9781476614991
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Templat:Chessgames player
- Biografi dalam Chesscorner.com
- Majalah Catur Lasker (Feb 1905) mengakui Capablanca pada usia 16 Diarkibkan 2005-03-20 di Wayback Machine
- Biografi Capablanca Diarkibkan 2006-02-07 di Wayback Machine
- Catur Capablanca Diarkibkan 2010-07-12 di Wayback Machine - implementasi program.
- Komputer memilih: siapakah pemain yang terkuat?
- Fischer berbicara tentang pemain-pemain terbesar dari abad lampau (teks dan audio)