Joseph Estrada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Joseph Ejercito Estrada)
Joseph Estrada
Potret rasmi, 1998
Presiden Filipina ke-13
Dalam jawatan
30 Jun 1998 – 20 Januari 2001
Naib PresidenGloria Macapagal-Arroyo
Didahului olehFidel V. Ramos
Digantikan olehGloria Macapagal-Arroyo
Naib Presiden Filipina ke-11
Dalam jawatan
30 Jun 1992 – 30 Jun 1998
Didahului olehSalvador H. Laurel
Digantikan olehGloria Macapagal-Arroyo
Butiran peribadi
Lahir (1937-04-19) 19 April 1937 (umur 86)
Tondo, Manila
Parti politikPartido ng Masang Pilipino (PMP)
PasanganLuisa Pimentel
PekerjaanPelakon
Tandatangan

Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem dan ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-13 dari 1998 hingga 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Estrada terkenal sebagai pelakon / hero dalam filem-filem rakyat di Filipina. Popularitinya menyamai Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan yang menjadi pelakon koboi Hollywood.

Presiden Filipina ke-13[sunting | sunting sumber]

Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.

Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.

Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin. Malangnya, beliau digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.

Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo

Kesalahan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mac 2001, Malaysia dan Thailand tidak menerima permintaan mana-mana pihak untuk memberi perlindungan politik kepada Estrada.[1]

Pada 4 April 2001, perbicaraan Estrada bermula semasa Ombudsman Aniano Desierto memfailkan dakwaan rasuah 4 bilion peso Filipina. Beliau turut dituduh bersumpah bohong kerana mengisytiharkan nilai palsu aset dan menyalahgunakan identiti Jose Velarde, kepada mahkamah anti-rasuah Sandiganbayan.

Pada 12 September 2007, beliau menjadi Presiden Filipina pertama yang disabitkan kesalahan setelah mahkamah Sandiganbayan mendapatinya bersalah atas tuduhan menjarah yang boleh dihukum melalui reclusión perpetua.[2] Beliau ditahan di rumah rehatnya di Tanay, Rizal, tetapi akhirnya diampunkan oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 25 Oktober 2007.[3]

Pada Oktober 2007, Arroyo bersetuju memberi pengampunan kepada Estrada. Beliau menjelajah seluruh Filipina dan menyampaikan barangan makanan, ubat-ubatan dan pakaian sebagai tanda terima kasih di atas sokongan rakyat jelata.

Bertanding presiden kali kedua[sunting | sunting sumber]

Joseph Estrada mencuba nasib di kawasan kelahirannya Manila dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010. Perlembagaan Filipina 1987 jelas menyatakan presiden yang pernah memang dilarang bertanding buat kali kedua. Mahkamah Agung Filipina akan menentukan kesahihan pencalonan beliau. Alasannya Estrada tidak bersara tetapi dilucutkan jawatan, maka beliau tidak tertakluk kepadanya.

Imej Estrada sebagai hero orang msikin sudah tercalar. Kesalahan rasuah memang terbukti, bukan direka-reka.[4]

Tewas[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya Filipina 2010, Estrada telah tewas ditangan Senator Benigno Aquino III yang dinobatkan sebagai Presiden Republik Filipina yang baru pada 30 Jun 2010.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tiada permohonan suaka politik Estrada
  2. ^ Philippines' Estrada gets life for corruption, dicapai pada 2007-09-12
  3. ^ Transcript of announcement of President Arroyo's pardon, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-29, dicapai pada 2007-10-31
  4. ^ Filem terbaru Estrada: Pilihan raya Filipina

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource
Jawatan politik
Didahului oleh
Salvador H. Laurel
Naib Presiden Filipina
1992–1998
Diikuti oleh:
Gloria Macapagal-Arroyo
Didahului oleh
Fidel V. Ramos
Presiden Filipina
1998–2001
Diikuti oleh:
Gloria Macapagal-Arroyo
Naib Presiden Filipina
Seal of the Vice President of the Philippines

Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro | Binay | Robredo | Duterte