Pergi ke kandungan

Joseph Louis Gay-Lussac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joseph Louis Gay-Lussac
Joseph Louis Gay-Lussac
KelahiranNot recognized as a date. Years must have 4 digits (use leading zeros for years < 1000).
Meninggal dunia9 Mei 1850(1850-05-09) (umur 71)
WarganegaraPerancis
Pusat pendidikanÉcole polytechnique
Terkenal keranaHukum Gay-Lussac
Darjah Gay-Lussac
Kerjaya saintifik
BidangKimia
Tandatangan

Joseph Louis Gay-Lussac (6 Disember 1778 – 9 Mei 1850) ialah seorang ahli kimia dan fizik Perancis. Beliau terkenal kerana mendapati bahawa air terdiri daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen bersama-sama Alexander von Humboldt. Selain itu, beliau menerbitkan dua hukum berkaitan gas serta mengkaji tentang campuran air dan alkohol yang menjadi asas kepada darjah Gay-Lussac.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada 1802, beliau menerbitkan hukum pertamanya, Hukum Gay-Lussac atau hukum tekanan yang menyatakan bahawa tekanan gas, p akan meningkat sekiranya suhu mutlak gas, T bertambah, dengan isi padu serta jisim adalah malar. Hukum ini ditulis dengan persamaan p = kT, dengan k ialah pemalar gas.[1]

  1. ^ "Joseph Louis Gay-Lussac". Science History Institute (dalam bahasa Inggeris). Jun 2016. Dicapai pada 21 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]