Joseph Y. Yun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Joseph Y. Yun ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada masa ini. Beliau mula menjalankan tugas sejak 2013 menggantikan Paul W. Jones. Yun dicalonkan oleh Presiden Obama pada 23 Julai 2013, dan disahkan oleh Senat pada 1 Ogos 2013 sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Kerjaya diplomat[sunting | sunting sumber]

Sebelum datang ke Malaysia, Yun berkhidmat sebagai Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Asia Timur dan Hal Ehwal Pasifik dan juga sebagai Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Asia Timur dan Hal Ehwal Pasifik.  Beliau pernah bertugas antaranya di Republik Korea, Thailand, Perancis, Indonesia dan Hong Kong.

Dilahirkan di Korea Selatan, Yun menyertai Perkhidmatan Luar Negara pada tahun 1985.  Beliau adalah ahli kerjaya Perkhidmatan Luar Negara Kanan, kelas Menteri-Kaunselor.  Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar Negeri, Duta Besar Yun adalah seorang ahli ekonomi kanan yang bekerja di Data Resources, Inc, di Lexington, Massachusetts. 

Duta Besar Yun memiliki ijazah dari kedua-dua London School of Economics dan Universiti Wales.  Beliau berkahwin dengan Dr. Melanie Billings-Yun.  Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]