Joshua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai tokoh dalam Kitab Yahudi. Untuk buku kitab, sila lihat Kitab Joshua. Untuk kegunaan lain, sila lihat Joshua (nyahkekaburan).
Joshua
Lanfranco Moses and the Messengers from Canaan.jpg
Musa dan para Utusan dari Kanaan, oleh Giovanni Lanfranco, minyak pada kanvas, 85¾ × 97 inci, di Muzium J. Paul Getty, Los Angeles, Amerika Syarikat
Nabi
Lahir Kerajaan Baru Mesir
Meninggal Kanaan
Dihormati oleh Yahudi, Kristian, Islam
Tempat keramat Makam Joshua
Hari perayaan
Atribut Selalunya digambarkan dengan Caleb, membawa anggur keluar dari Kanaan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Joshua berdoa kepada Tuhan untuk menghentikan Matahari.

Joshua (Bahasa Ibrani: יְהוֹשֻׁעַYehoshua; bahasa Yunani: Ἰησοῦς, sama seperti Jesus; bahasa Latin: Josue atau Jesus dalam bahasa Ibrani; bahasa Arab: يوشع بن نونYusha‘ ibn Nūn), berdasarkan kepada Kitab Yahudi, menjadi pemimpin kepada puak-puak bani Israel selepas kematian Musa. Cerita beliau banyak diceritakan di dalam kita-kitab Exodus, Nombor dan Joshua. Berdasarkan Bible, nama Joshua adalah Hoshea anak lelaki kepada Nun, dari Puak Ephraim, akan tetapi Musa memanggil beliau Joshua, (Numbers 13:16) dan nama ini merupakan nama yang beliau banyak diketahui. Joshua telah dilahirkan di Mesir sebelum Peristiwa Exodus, dan berkemungkinan sebaya dengan Caleb, yang mana beliau kadang kali ditemaninya.

Joshua merupakan salah seorang daripada dua belas perisik bani Israel yang dihantar oleh Musa bagi menjelajah tanah Kana'an. (Numbers 13:1-16) Selepas kematian Musa, beliau memimpin bani Israel dalam penaklukan tanah Kana'an, dan membahagikan tanah ini kepada puak-puak bani Israel. Tahun di mana kejadian ini berlaku masih menjadi perdebatan akedemik. Berdasarkan kebiasaan kronologi Bible, Joshua hidup di antara tahun 1450 – 1370 SM, atau sekitar akhir Zaman Gangsa. Berdasarkan Joshua 24:29, Joshua mati pada umur 110 tahun.

Umat Islam juga melihat Joshua sebagai pemimpin orang Israel, selepas kewafatan Musa. Sesetengah orang Islam juga percaya Joshua sebagai "pembantu" Musa yang disebut dalam Al-Quran, sebelum Musa bertemu dengan Khidir dan Joshua memainkan peranan penting dalam kesusasteraan Islam dengan narasi yang penting dalam Hadis, oleh itu dia adalah satu kajian dalam agama perbandingan. Joshua juga mempunyai kedudukan mulia di kalangan umat Islam. Menurut tradisi Islam, beliau bersama Caleb, salah seorang dari dua orang perisik yang telah dihantar Musa untuk mengintip tanah Kanaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Yunani) "Ὁ Ἅγιος Ἰησοῦς ὁ Δίκαιος". Megas Synaxaristis.
  2. ^ "Righteous Joshua the son of Nun (Navi)". ocafs.oca.org. Dicapai 8 January 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Joshua
Didahului oleh
Musa
Hakim dari Israel Diikuti oleh:
Othniel

Templat:Prophets of the Tanakh